Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Dua jam bergelut tangkap buaya

Posted:

BATU PAHAT - Seorang datuk yang menghabiskan masa melayan cucu-cucunya terutama pada musim cuti sekolah merupakan satu perkara biasa.

Tiru semangat Piala Dunia

Posted:

KUALA LUMPUR - Kehangatan Piala Dunia yang bermula hari ini tidak terlepas daripada mendapat perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengajak segenap rakyat negara ini menggunakan semangat berpasukan untuk membawa Malaysia ke arah negara maju.

Umur 5 tahun mula sekolah

Posted:

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbang untuk mengurangkan umur murid yang mengikuti prasekolah secara formal daripada enam kepada lima tahun secara sepenuhnya pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sorok dadah dalam coli

Posted:

SEGAMAT - Cubaan seorang ibu tunggal menyembunyikan ganja di dalam coli yang dipakainya gagal apabila taktiknya itu dapat dihidu pihak berkuasa yang membuat serbuan di rumahnya di Pekan Jabi di sini Selasa lalu.

Kembar maut dirempuh kereta

Posted:

KANGAR - Hasrat pasangan kembar untuk membuat satu hantaran bagi perkahwinan ibu saudara mereka Sabtu ini berkecai apabila kedua-dua mereka maut selepas terseret beberapa meter apabila dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Raja Syed Alwi di sini kelmarin.

Kura-kura diseludup bersama dadah di KLIA

Posted:

KUALA LUMPUR - Sepasukan anggota kastam yang memeriksa dua buah bagasi terkejut apabila bukan sahaja menjumpai ganja malah ia turut dimuatkan dengan 300 ekor kura-kura pelbagai spesies di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini baru-baru ini.

Bantal busuk ikhtiar akhir

Posted:

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa melempar bantal busuk anaknya ke laut sebagai usaha terakhir menyelamatkan kanak-kanak itu yang tenggelam hampir dua jam di Pantai Tanjung Gelam, Mengabang Telipot di sini semalam.

Liyana meriahkan Read Malaysia

Posted:

KUALA LUMPUR - Pelakon remaja terkenal, Liyana Jasmay memeriahkan hari ketujuh Pameran Read Malaysia '10 di Pusat Pameran Konvensyen Antarabangsa Malaysia, Mines Resort City di sini semalam.

29 produk tempatan tembusi pasaran antarabangsa

Posted:

KUALA LUMPUR - Sebanyak 29 produk tempatan telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa menerusi sistem francais yang diusahakan kerajaan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Swasta bantu projek impak tinggi

Posted:

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak meminta sektor swasta supaya mengambil peranan menerajui pertumbuhan ekonomi yang sebahagian besarnya untuk mengumpul pelaburan sekitar RM115 bilion setahun bagi memastikan kejayaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

0 ulasan:

Catat Ulasan