Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hubungan kami diterima Nor Asidah – Zizie

Posted:

PELAKON jelita Zizie Ezzete yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada 16 Disember tahun lalu, sekali gus menjadi isteri kedua ahli politik itu menafikan khabar angin kononnya dia kini merupakan satu-satunya isteri Bung, manakala isteri pertama Bung, Nor Asidah Alimuddin telah diceraikan sekitar sebulan lalu.

Adam Levine enggan tua

Posted:

ADAM LEVINE berikrar enggan lagi menyanyi lagu yang berkaitan wanita. Vokalis Maroon 5 itu mengakui adalah sesuatu yang mengarut apabila sebelum ini banyak lagu, klip video dan kulit luar album kumpulan itu menggunakan model wanita sebagai daya tarikan.

Kelainan Battleground 2010

Posted:

SEBANYAK 18 kru tarian jalanan Battleground telah terpilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan pada 28 Ogos lalu.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Doktor puas hati kesihatan Dr. M

Posted:

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia, tempat beliau dirawat sejak Sabtu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tiada anugerah cemerlang untuk si perokok

Posted:

ALOR SETAR – Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

‘Kami raja Kuala Lumpur’

Posted:

KUALA LUMPUR – 'Kami raja di segi tiga emas, KL ini.' Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki 'sumbang'.

Pastikan lebih 1,000 ahli Pemuda UMNO mengundi

Posted:

PARIT - Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih 1,000 ahlinya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Majistret rasuah dijel

Posted:

KOTA BHARU – Seorang majistret muda dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM40,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan mengambil rasuah pada Oktober tahun lalu.

Pegawai Imigresen dicekup rasuah

Posted:

SEREMBAN – Tiga termasuk dua pegawai Imigresen Jeti Port Dickson dekat sini ditahan kerana dipercayai menerima suapan daripada pengendali setiap feri yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini.

Polis ambil keterangan Jayanthy

Posted:

SHAH ALAM – Polis telah memanggil S. Jayanthy, isteri ahli perniagaan, S. Anpalagan yang dilaporkan hilang lebih setahun lalu bagi mendapatkan keterangan berhubung maklumat terbaru yang didedahkannya kepada media dalam satu sidang akhbar di Kapar dekat sini kelmarin.

Gadis bisu dikhuatiri jadi pengemis

Posted:

KUALA KANGSAR – Kehilangan seorang gadis dari kalangan orang kurang upaya (OKU) Nor Yuniza Mohd. Yunus, 22, (gambar) lebih sebulan setengah lalu meresahkan keluarganya kerana dia dikhuatiri dipaksa menjadi pengemis.

Pembantu rumah selain Indonesia

Posted:

ROMPIN - Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu daripada negara-negara Asia lain.

Maut tangan tersepit mesin

Posted:

IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin.

Gimik iPhone 4 menjadi

Posted:

KUALA LUMPUR – Penantian rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar iPhone 4 keluaran Apple Inc. (Apple) telah menjadi kenyataan apabila ia mula ditawarkan secara rasmi di pasaran bermula 24 September lalu.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Liverpool makin derita

Posted:

NASIB Liverpool terus malang apabila kini menghuni tangga ketiga tercorot Liga Perdana England selepas tewas buat kali ketiga musim ini kepada pendatang baru, Blackpool 1-2 di tempat sendiri semalam.

Kebangkitan Everton

Posted:

LONDON - Pengurus Everton, David Moyes memberitahu bahawa skuad kendaliannya itu tidak layak menduduki tangga tercorot dalam saingan Liga Perdana England ketika ini.

Selangor ke suku akhir

Posted:

SELANGOR muncul pasukan pertama mengesahkan slot ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2010 biarpun masih ada dua lagi perlawanan untuk diharungi.

Stoner kuasai GP Jepun

Posted:

JEPUN - Pelumba Australia, Casey Stoner muncul juara perlumbaan MotoGP buat kali kedua berturut-turut semalam.

Skuasy lubuk emas negara

Posted:

ATAS kertas, skuasy boleh dianggap sebagai 'lubuk emas' kontinjen negara pada Sukan Komanwel 2010.

Misi memburu emas bermula

Posted:

BURUAN pingat emas pada Sukan Komanwel 2010 akan bermula secara rasminya hari ini.

Piala Ryder disambung hari ini selepas 'banjir'

Posted:

NEWPORT - Buat pertama kali dalam sejarah, Kejohanan Golf Piala Ryder hanya dapat ditamatkan pada hari Isnin (hari ini) selepas permainan ditangguhkan akibat hujan lebat semalam.

Pendedahan berguna di Vietnam

Posted:

HO CHI MINH CITY – Andai dinilai keputusan dicatat skuad bola sepak kebangsaan sepanjang Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 yang berakhir kelmarin, ramai yang mungkin kecewa dan menganggap prestasi mereka semakin merosot.

Penembak Niue berlatih tembak burung, kelawar

Posted:

NEW DELHI - Sebuah negara kecil yang terletak di Pasifik Selatan, Niue terpaksa menggunakan burung dan kelawar hidup bagi membolehkan penembaknya berlatih sebelum ke Sukan Komanwel.

Youzhny juara Terbuka Malaysia

Posted:

PEMAIN Rusia, Mikhail Youzhny (gambar) berjaya menebus kekecewaan tahun lalu selepas muncul juara Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia 2010 yang berakhir di Stadium Putra, Bukit Jalil semalam.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


36 maut kereta api dirempuh di Jawa Tengah

Posted:

PEMALANG - Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh manakala 41 cedera apabila sebuah kereta api merempuh belakang sebuah lagi kereta api yang berhenti di stesen Petarukan, wilayah Jawa Tengah di sini semalam.

UAE biak baka unta klon

Posted:

DUBAI - Emiriah Arab Bersatu (UAE) kini giat memajukan Pusat Penyelidikan Veterinar (VRC) di Sweihan, Abu Dhabi sebagai sebuah pusat pembiakan baka unta terbaik secara peralihan embrio dan klon bagi tujuan komersial serta sukan yang pertama di dunia.

Afrika Selatan lulus pokok atasi lapar

Posted:

JOHANNESBURG - Afrika Selatan kelmarin mengeluarkan lesen pertama kepada sebuah firma tempatan, HGH Pharmaceuticals untuk menjual pokok herba tradisional yang didakwa mampu mengatasi masalah lapar dan letih.

Tentera Britain miskin senjata

Posted:

LONDON - Menteri Kewangan Britain, George Osborne mendakwa pasukan tentera negara itu sebagai ketinggalan zaman kerana masih menggunakan persenjataan era Perang Dingin dan kurang kelengkapan canggih abad ke-21.

Pengacara CNN hina Yahudi dibuang kerja

Posted:

NEW YORK - Seorang penyampai popular radio satelit Cable News Network ( CNN ), Rick Sanchez dipecat pihak pengurusan stesen itu kelmarin sehari selepas dia mengeluarkan kenyataan yang berbaur menghina masyarakat Yahudi.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Profil popular Adi Putra

Posted:

BARANGKALI, nama eksotik Adi Putra itu sendiri menyumbang pesona kepada pemilik tubuhnya ketika ini. Tujuh tahun dalam industri, Adi kini berdiri sebagai aktor berbagai sisi.

Linkin Park mencuba kelainan

Posted:

ADA pesanan yang mahu disampaikan oleh enam jejaka yang berpayungkan nama Linkin Park ini. Ujar Chester Bennington, Rob Bourdon, Brad Delson, David Farrell, Joe Hahn dan Mike Shinoda: "Buat mereka yang sudah mengenali grup kami, kalian bakal perasan tentang kelainan bunyi dalam album A Thousand Suns."

Impian kecil pengantin jutawan

Posted:

KISAH mempelai baru itu bermula dengan satu bidikan lensa di Genting Highlands empat tahun lalu. Sejak kali pertama merakamkan gambar atas dasar peminat dan artis, mereka tidak pernah bersua mahupun berhubungan.

Mari Menarilah pula!

Posted:

IMBAS semula perjalanan program realiti Sehati Berdansa yang berlangsung selama tiga musim di Astro Ria, ada yang menyebut program yang mengangkat selebriti sebagai juara tarian itu mempunyai sumpahan tersendiri.

Katrina vs Deepika

Posted:

KEDUA-DUA bintang Bollywood ini khabarnya sedang bermusuhan kerana berebutkan sesuatu. Deepika Padukone dan Katrina Kaif kini berlumba-lumba untuk mendapatkan watak heroin di samping Akshay Kumar dalam filem Joker.

Patung Hrithik di London

Posted:

BINTANG super Bollywood, Hrithik Roshan telah terbang ke London bersama isterinya untuk proses pengukuran badannya sebelum patung figuranya dipertontonkan di muzium lilin Madame Tussauds.

SMS palsu 'Luna Maya'

Posted:

NAMA Luna Maya terus panas meskipun dia mengambil keputusan untuk berdiam diri buat masa ini.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Keadaan Tun Mahathir stabil

Posted:

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, 85, dimasukkan ke Hospital Epworth, Melbourne, Australia semalam selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tiga maut nahas langgar babi hutan

Posted:

MARANG - Seorang ibu bersama anak tunggalnya terbunuh apabila kenderaan yang dinaiki terbabas selepas dirempuh seekor babi hutan dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi di Kilometer 54, Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Kampung Jambu Bongkok, Merchang dekat sini.

Seorang lagi ahli perniagaan hilang

Posted:

KLANG – Selepas dua ahli perniagaan dilaporkan hilang secara misteri ketika menjalankan urusan perniagaan di Banting, seorang lagi mangsa yang juga ahli perniagaan dikatakan turut menerima nasib sama apabila dia gagal dikesan sejak lebih setahun lalu.

'Tolonglah, saya nak jumpa anak'

Posted:

KUANTAN - Seorang kerani cedera di bahagian mata dan tengkuk selepas dilanggar sebelum kepalanya dipukul dengan topi keledar oleh peragut semasa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Padang di sini Khamis lalu.

Sekolah Harapan sudah terima 10 remaja

Posted:

MELAKA - Bilangan pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di sini, bertambah apabila lima lagi pelajar mendaftar masuk semalam.

Peniaga kita di Indonesia selamat

Posted:

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia tidak perlu risau dalam soal keselamatan kerana ada beberapa syarikat swasta di republik itu yang bukan sahaja menjadi jambatan penghubung malahan pelindung kepada peniaga Malaysia.

JBA tanggung hutang RM1.7 bilion

Posted:

ALOR SETAR - Pelaksanaan kadar tarif baru air di Kedah yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu didakwa terpaksa dilakukan ekoran penyusunan semula hutang sebanyak RM1.7 bilion yang ditanggung Jabatan Bekalan Air (JBA) Negeri Kedah.

Pas pilih calon tidak merokok di DUN Galas

Posted:

KOTA BHARU - Pas akan memilih calon di kalangan mereka yang tidak merokok untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas nanti.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Salah sendiri

Posted:

LONDON – Manchester United harus menyalahkan diri sendiri apabila sekadar mampu mencatat keputusan seri tanpa jaringan dengan Sunderland di Stadium of Light pada aksi Liga Perdana England semalam.

Malaysia terlepas benam Singapura

Posted:

HO CHI MINH CITY - Pertembungan maruah Malaysia dan Singapura pada hari terakhir Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 di Stadium Thong Nhat petang semalam berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Kelantan hitung nasib

Posted:

KELANTAN tidak mempunyai pilihan lain kecuali pulang dengan tiga mata penuh ketika menentang Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Stadium Darul Makmur dapat 'lampu hijau' FAM

Posted:

STADIUM Darul Makmur kini boleh digunakan kembali sebagai gelanggang kempen Piala Malaysia, lapor HAFIZ ABBAS .

'Kita mampu lepasi sasaran 10 emas'

Posted:

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek optimis kontinjen Malaysia mampu melepasi sasaran 10 pingat emas yang diletakkan pada Sukan Komanwel 2010.

Chelsea tidak rela berputih mata

Posted:

LONDON - Chelsea bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila melayan kunjungan Arsenal dalam saingan Liga Perdana England di Stamford Bridge malam ini.

Wenger masih mencari

Posted:

LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger tetap memburu penjaga gol baru.

Hup Wei, Roslinda jadi taruhan

Posted:

SEKALIPUN tidak diletakkan sandaran bagi membawa pulang pingat pada temasya Sukan Komanwel 2010, barisan atlet olahraga Malaysia masih ada misi tersendiri yang perlu dilaksanakan di bumi New Delhi, India.

Benteng Liverpool bikin Hodgson resah

Posted:

LONDON - Masalah kecederaan yang dialami beberapa tonggak pertahanan Liverpool ternyata meresahkan pengurus skuad The Reds, Roy Hodgson.

Youzhny, Golubev buat perhitungan

Posted:

PEMAIN Rusia, Mikhail Youzhny akan membuat perhitungan dengan Andrey Golubev dari Kazakhstan pada aksi final Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia 2010 hari ini, lapor SAHLIZAH MOHAMED.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Tentera selamatkan Presiden dikepung

Posted:

QUITO - Ecuador diletakkan di bawah perintah darurat semalam selepas askar-askar menyelamatkan Presiden Ecuador, Rafael Correa dari sebuah hospital selepas dia dikepung oleh anggota-anggota polis dan melepaskan gas pemedih mata ke arahnya.

Dua wanita dirotan di Aceh

Posted:

BANDA ACEH , Indonesia - Dua wanita dirotan di wilayah Aceh, Indonesia semalam kerana menjual makanan semasa bulan Ramadan, kata seorang pegawai.

Laman web untuk si curang

Posted:

LONDON - Satu laman web yang menggalakkan suami berlaku curang kini telah melanda Britain, lapor akhbar The Sun semalam.

Pulau tenggelam setiap kali bulan mengambang

Posted:

JAKARTA - Dua buah pulau di Sumenap, Madura, Indonesia akan tenggelam setiap kali bulan mengambang, lapor sebuah akhbar semalam.

Bot diperbuat daripada ais cair

Posted:

GOSPORT, Britain - Percubaan beberapa pengacara stesen perbadanan Penyiaran British (BBC) untuk belayar dengan sebuah bot diperbuat daripada ais gagal apabaila ia cair dan karam di laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sut robot beri kekuatan 17 kali

Posted:

BANDAR SALT LAKE - Satu sut robot yang dicipta oleh firma pertahanan Raytheon di sini, Amerika Syarikat akan membantu si pemakainya mempunyai kekuatan 17 kali daripada biasa, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pesta 15 malam Andy

Posted:

USIANYA sudah mencecah 49 tahun Isnin lalu. Namun, aura lelaki bernama Andy Lau masih belum pudar. Buktinya, lebih 1,000 peminatnya telah menghadiri majlis sambutan hari jadi yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong pada 25 September lalu.

Debaran Ramlah Ram

Posted:

UMUM mengetahui penyanyi Ramlah Ram sudah bercerai dengan Penerbit Sukan RTM, Kamal Roslim sejak Julai lalu. Meraikan sambutan raya kali ini tanpa bekas suaminya, Ramlah bagaimanapun tidak banyak merasakan perbezaannya.

Dian selepas kahwin

Posted:

SELEPAS berkahwin beberapa bulan lalu dengan Indraguna Sutowo, kelibat aktres cantik dan berbakat besar, Dian Sastro jarang dilihat dalam acara glamor.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Fasha berani tunjukkan cinta

Posted:

KUALA LUMPUR - Setelah tiga bulan mendiamkan diri, pasangan kontroversi Fasha Sandha dan Rizal Ashram Ramli muncul bersama di khalayak umum semalam.

Dia Fadila kini isteri Redza

Posted:

KUALA LUMPUR - Percintaan yang berputik pada November tahun lalu berakhir di jenjang pelamin buat penyanyi Dia Fadila dan pasangannya, Redza Abdullah Sanusi semalam.

Zaida ditawar tapak baru di Alamanda

Posted:

PUTRAJAYA – Pemilik butik pakaian muslimah Zaida's Collection, Zaida Abdul Aziz ditawarkan tapak niaga yang baru oleh pihak pengurusan Alamanda setelah diminta keluar dari pusat beli-belah itu atas alasan tidak mencapai sasaran jualan.

Polis maut kejar pelesit rempit

Posted:

KUALA LUMPUR – Semalam ialah hari yang paling bermakna buat Cif Inspektor Mohd. Khairuzaini Mohd. Zain kerana pada hari berkenaan genap sembilan tahun dia berkhidmat sebagai pegawai polis selepas menyertai pasukan itu pada 1 Oktober 2001.

Jangan guna ah long jadi penjamin

Posted:

KUALA LUMPUR - Pengarah Mahkamah Kuala Lumpur, Azizah Mahamud semalam mengesahkan bahawa satu notis awam mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran peminjam wang tidak berlesen bagi tujuan bayaran ikat jamin ditampal di setiap lokasi mahkamah.

Kes 29 pelatih serenti 15 Okt.

Posted:

BUTTERWORTH - Mahkamah Sesyen di sini semalam menetapkan 15 Oktober ini untuk perbicaraan 29 pelatih Pusat Serenti Kampung Selamat, Tasek Gelugor di sini yang merusuh pada 19 Jun tahun lalu.

Hukuman jaga kaki seks ditambah

Posted:

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang jaga untuk dibebaskan dari penjara Isnin ini kerana menyiarkan gambar bogel serta gambar hubungan sejenis dirinya di laman web tiga tahun lalu tidak kesampaian apabila Mahkamah Tinggi di sini semalam mengubah perintah hukuman penjara terdahulu selama enam bulan kepada setahun.

Eye On Malaysia dipindah keluar

Posted:

MELAKA - Setelah hampir sembilan bulan ditutup, akhirnya roda gergasi Eye On Malaysia dipindah keluar dari sini semalam.

Bantah pusat pelupusan sampah

Posted:

BACHOK – Lebih 500 penduduk di Kampung Beris Lalang dekat sini mengadakan piket membantah tindakan kerajaan negeri menjadikan kawasan kampung mereka pusat pelupusan sampah sejak Mac lalu.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Pertembungan maruah

Posted:

HO CHI MINH CITY – "Jangan pula kita kalah dengan Singapura kerana ia maruah bola sepak negara."

Hodgson: Satu mata memadai

Posted:

PARIS - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson menganggap satu mata yang diperoleh pada aksi menentang FC Utrecht dalam saingan Liga Europa awal pagi semalam sudah memadai buat skuad The Reds .

'Benteng United mantap'

Posted:

LONDON - Rio Ferdinand (gambar) yakin benteng pertahanan Manchester United kini kembali mantap.

Kasut Emas milik Messi

Posted:

BARCELONA - Penyerang sensasi Barcelona, Lionel Messi menerima Anugerah Kasut Emas selepas muncul selaku penjaring terbanyak di kalangan pemain kelab-kelab Eropah musim lalu.

Penguasaan pesilat antarabangsa

Posted:

NAMPAK gayanya, nasib kurang menyebelahi pesilat negara dalam caba- ran silat seni apabila majoriti kemena- ngan didominasi pesilat antarabangsa pada Kejohanan Pencak Silat Antara- bangsa Piala Timbalan Perdana Menteri 2010 di IOI Mall, Kulaijaya, Johor semalam.

Saya yakin temasya ini berjalan lancar - Zolkples

Posted:

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong menyuarakan keyakinan mengenai kelancaran Sukan Komanwel 2010 di New Delhi, India yang akan membuka tirainya esok.

UCI kagum pencapaian pelumba Malaysia

Posted:

MELBOURNE - Nama Malaysia kini semakin mendapat perhatian dunia apabila Kesatuan Berbasikal Dunia (UCI) telah mengiktiraf negara sebagai antara kuasa besar dalam arena sukan basikal antarabangsa.

Langkah Kelantan tak sempurna

Posted:

PERLAWANAN peringkat kumpulan saingan bola sepak Piala Malaysia akan memasuki fasa kedua dengan setiap pasu- kan bakal menghadapi tiga lagi perlawanan sebelum hanya dua pasukan yang layak akan mara ke pusingan kedua.

Skuad AS sudah bersedia

Posted:

NEWPORT - Phil Mickelson sedia melakukan pukulan sempurna apabila bintang golf Amerika Syarikat itu memulakan aksi pertamanya dalam misi mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Golf Piala Ryder di Celtic Manor semalam.
Read more