Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Rakan ambil ekzos asli di rumah elak remaja disaman

Posted:

MELAKA – Gara-gara menukar ekzos motosikal, dua remaja yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka di hadapan Hospital Melaka di sini awal pagi semalam bukan sahaja nyaris disaman malah terpaksa mengambil semula ekzos yang asli di rumah masing-masing.

Michael Soosai ditahan di India

Posted:

CHENNAI - Michael Soosai (gambar), penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini Khamis lepas setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan

Posted:

JOHOR BAHRU – Teka-teki siapa dalang yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman sosial Facebook baru-baru ini semakin terungkai apabila polis menahan dua lelaki di sebuah rumah di Taman Sri Amar, Majidee di sini bagi membantu siasatan semalam.

Maut selepas gagal minta RM5

Posted:

BESUT - Seorang remaja yang gagal mendapatkan wang sebanyak RM5 daripada ibunya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 4 Jalan Jerteh-Kuala Besut dekat Kampung Alor Lintah di sini semalam.

Motosikal jadi cagaran hangus

Posted:

NIBONG TEBAL - Misteri menyelubungi seorang lelaki apabila sebanyak 19 buah motosikal yang diletakkan di premis kereta sewa miliknya sebagai cagaran sekiranya pelanggan gagal menjelaskan sewa hangus dalam kejadian di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat di sini semalam.

Sambutan merdeka meriah

Posted:

KUALA LUMPUR – Sambutan kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional semalam tetap meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Taktik baru elak ditangkap khalwat

Posted:

SHAH ALAM – Sepasang kekasih membayar RM140 untuk menyewa dua bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini awal pagi semalam bagi mengelak daripada dikesan melakukan khalwat.

Pencuri motosikal kena belasah

Posted:

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berumur 20-an cedera teruk dibelasah orang ramai akibat tindakannya cuba mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Lundang di sini petang semalam.

KTMB rancang kereta api elektrik antara bandar

Posted:

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) bakal memperkenalkan koc perkhidmatan antara bandar menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh lima tahun lagi bagi laluan di bahagian pantai barat Semenanjung.

75 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

TELUK INTAN - Sebanyak 75 buah kediaman di sekitar Rumah Awam Padang Tembak, City Mewah dan Kampung Banjar di sini rosak teruk dalam kejadian ribut pada petang kelmarin.

Ibu bingung anak gadis enggan pulang

Posted:

MELAKA – Seorang ibu, Zalina Mahat, 45, bingung memikirkan sikap anak perempuannya yang tidak mahu pulang ke rumah selepas tinggal bersama kakak ipar ibunya itu pada 5 Julai lalu.

SPRM bongkar balak haram Tersang

Posted:

RAUB - Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini semalam turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.

RM8 juta untuk bangunkan Habib Hotel

Posted:

KOTA BHARU – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) yang terkenal sebagai pengeluar, pemborong dan peruncit barang-barang kemas di negara ini mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi sektor perhotelan.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


‘Latihan di Bath tidak sesuai’

Posted:

LATIHAN di Bath kurang sesuai? Jika ada segenlintir pihak menganggap program yang diatur buat barisan pemain badminton negara di Universiti of Bath, England sudah mula menampakkan hasilnya, ia ternyata bertentangan dengan pandangan ketua jurulatih perseorangan, Rashid Sidek.

Perjuangan Harimau Muda bermula

Posted:

PERJUANGAN skuad Harimau Muda A bermula. Skuad bimbingan Ong Kim Swee itu akan berlepas ke Slovakia malam ini untuk mengharungi latihan selama tiga bulan di negara Eropah Timur itu.

Sumbangan peribadi Presiden FAM

Posted:

KELUARGA bekas legenda bola sepak negara, Allahyarham Isa Abu Bakar telah menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah semalam.

'Kecemerlangan perlu diteruskan'

Posted:

KEJAYAAN skuad negara pada Kejohanan Hoki Cabaran Lima Negara di Perancis Ahad lalu harus diteruskan.

Amaran awal Atletico

Posted:

MADRID - Diego Forlan muncul wira apabila meledak dua gol bagi membantu Atletico Madrid menewaskan Sporting Gijon 4-0 dalam saingan Liga Sepanyol awal pagi semalam.

Milan lamar Robinho

Posted:

MILAN - Penyerang Manchester City, Robinho kini di ambang perpin- dahan sensasi ke AC Milan.

Bukan salah Tevez

Posted:

LONDON - Carlos Tevez tidak disalahkan ekoran kegagalannya menyempurnakan peluang bagi menjaringkan gol ketika Manchester City tewas 0-1 kepada Sunderland, Ahad lalu.

'Vettel pejuang sejati'

Posted:

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium - Ketua Red Bull, Christian Horner percaya Sebastian Vettel akan berubah menjadi seorang pejuang sejati bagi merangkul kejuaraan dunia Formula Satu (F1).

Federer mara bergaya

Posted:

NEW YORK - Satu pukulan balas menerusi celah kaki ternyata mengagumkan penonton ketika menyaksikan pili- han kedua, Roger Federer mara bergaya ke pusingan kedua Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Bank CIMB di Makassar diserbu penunjuk perasaan

Posted:

MAKASSAR - Sekumpulan anggota kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih memasuki cawangan bank CIMB Niaga yang sebahagiannya milik syarikat dari Malaysia di bandar Makassar, Sulawesi Selatan semalam dan mengarahkan semua kakitangannya supaya berhenti berkerja, lapor sebuah akhbar semalam

ungguli Anugerah Emmy

Posted:

LOS ANGELES, Amerika Syarikat (AS) - Siri televisyen Mad Men memenangi siri drama terbaik pada Anugerah Emmy ke-62 kelmarin manakala Modern Family dipilih menjadi rancangan komedi terbaik.

Masuk Islam selepas hadir majlis Gaddafi

Posted:

ROM - Tiga wanita muda Itali memeluk Islam semasa menghadiri satu majlis anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi (gambar kecil) yang diadakan di kediaman rasmi duta negaranya di sini kelmarin.

Bintang Arsenal ditangkap bergaduh

Posted:

LONDON, Britain - Bintang harapan kelab bola sepak Arsenal, Jack Wilshere ditangkap kerana melakukan serangan selepas seorang wanita patah tangan dan seorang lelaki cedera di muka dalam satu pergaduhan di luar sebuah kelab malam di Kensington barat London, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej terbaru kapal Titanic dirakam

Posted:

ST. JOHN'S, Kanada - Ribuan imej terbaru bangkai kapal pesiaran mewah terkenal Titanic yang karam di Lautan Atlantik dekat sini 98 tahun lalu telah dirakamkan dengan menggunakan robot di dasar Lautan Atlantik.

Spiderman ditangkap panjat bangunan

Posted:

SYDNEY - Pemanjat sensasi, Alain Robert yang terkenal dengan panggilan Spiderman Perancis ditahan polis Australia selepas dia memanjat sebuah bangunan pencakar langit setinggi 57 tingkat, Lumiere di tengah Sydney semalam.

PM Sepanyol bawa Piala Dunia ke China

Posted:

SHANGHAI - Perdana Menteri Sepanyol, Jose Luis Rodriguez Zapatero telah memukau 70 juta pelawat China di Ekspo Dunia dengan membawa trofi Piala Dunia yang dimenangi skuad bola sepaknya ke Shanghai untuk dipamerkan.

Kekasih maya di Pulau Atami

Posted:

TOKYO - Bandar Atami di Jepun menjadi tumpuan ramai lelaki muda yang mahu merakamkan kekasih maya mereka.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Maya pencinta sejarah

Posted:

SEMALAM, sehari sebelum Malaysia mencapai puncak kemerdekaan ke-53 tahun hari ini, Maya Karin rancak bercerita tentang jiwanya yang begitu mencintai sejarah, tentang kemerdekaan tanah bertuah Malaysia serta melampiaskan mimpi jika dia menjadi Perdana Menteri Wanita Malaysia pertama.

Ameesha Patel dijangkiti kuman

Posted:

AKTRES jelita Ameesha Patel tidak mempunyai mood yang baik ketika menjalani penggambaran untuk sebuah filem Telegu di Hyderabad baru-baru ini.

Gadis Melayu 3 tiada penyingkiran

Posted:

RANCANGAN realiti TV Gadis Melayu yang berteraskan nilai-nilai tradisional sebagai lambang tamadun dan warisan bangsa Melayu kini kembali lagi di TV9 untuk musim ketiga.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


KLIA 2 ganti LCCT pada 2012

Posted:

SEPANG - Terminal dan Kompleks Tetap Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) yang akan menggantikan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini bakal siap pada pertengahan tahun 2012.

Sindiket tepuk bahu curi duit

Posted:

KUALA TERENGGANU – Kekerapan orang ramai berkunjung ke bank untuk mengeluarkan wang menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) menjelang Aidilfitri memberi peluang kepada sindiket tepuk bahu membuat jenayah.

Buang sikap melampau - Najib

Posted:

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masyarakat tidak boleh membenarkan cara hidup rakyat Malaysia yang berpaksikan kepelbagaian dan kesederhanaan diasak oleh budaya kejumudan serta sikap melampau yang terjelma melalui isu-isu perkauman serta agama.

Kosmo! sambut ulang tahun ke-6

Posted:

RAI ULANG TAHUN. Pada tanggal 31 Ogos hari ini, akhbar kompak Kosmo! yang semakin mendapat sambutan daripada pembaca merayakan ulang tahunnya yang keenam.

Lebih 10,000 permohonan Insurans Pos Raya

Posted:

KUALA LUMPUR - Insurans Pos Raya yang disediakan oleh Pos Malaysia menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan sehingga kini lebih 10,000 permohonan sudah diterima.

Parang Karat tumpas

Posted:

JOHOR BAHRU – Kerakusan sekumpulan empat lelaki bergelar Geng Parang Karat melakukan rompakan terhadap tiga buah kedai serbaneka 24 jam walaupun baru ditubuhkan awal bulan ini tidak ke mana apabila kesemua mereka ditahan dalam serbuan di sekitar Batu Pahat dekat sini Sabtu lalu.

Awang Hitam cetak wang palsu

Posted:

KAJANG – Sepasukan polis tidak menduga kedatangan mereka ke sebuah rumah di Bandar Sungai Long di sini untuk meleraikan satu kes pergaduhan rupa-rupanya membongkar tembelang tiga pelajar warga Nigeria termasuk seorang wanita yang mencetak 100,000 mata wang dolar Amerika Syarikat (AS$) palsu.

CCTV rakam identiti lelaki letak kotak misteri

Posted:

KUALA LUMPUR - Polis percaya dapat mengenal pasti suspek yang meletakkan kotak berisi bom buatan sendiri yang meletup sehingga mengorbankan seorang wanita di tingkat 12, Apartmen Desa Tun Razak di sini kelmarin.

Kena tahan dalam bas ekspres

Posted:

GEORGE TOWN - Usaha seorang warga Nigeria membawa dua beg berisi dadah bernilai RM100,000 di dalam bas ekspres menuju ke Selatan tidak kesampaian apabila dia ditahan di kawasan tol, Sungai Dua, Seberang Perai di sini kelmarin.

Catat untung RM377.655 juta

Posted:

KUALA LUMPUR – BIMB Holdings Bhd. (BIMB Holdings), mencatatkan keuntungan kumulatif 12 bulan sebelum zakat dan cukai RM377.655 juta berbanding RM299.132 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Sukimi Lube mahu ke luar negara

Posted:

KOTA BHARU - Sukimi Lube Sdn. Bhd. (Sukimi Lube), pengeluar minyak pelincir Bumiputera optimis untuk mengembangkan sayap perniagaannya ke luar negara dengan memilih Vietnam, Laos dan Indonesia sebagai pilihan awalnya.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Belum cukup bagus

Posted:

"KITA belum beraksi pada tahap terbaik." Demikian pandangan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) ketika mengulas prestasi barisan pemain negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2010 yang telah melabuhkan tirainya di Paris, Perancis kelmarin, lapor HELMI TALKAH.

Takraw kita guna jurulatih luar?

Posted:

DALAM usaha mengembalikan kegemilangan sukan sepak takraw negara, Majlis Sukan Negara (MSN) sedia mengkaji pengambilan jurulatih luar buat skuad negara.

Hoki: Malaysia julang gelaran di Paris

Posted:

SKUAD hoki negara akhirnya berjaya merasai nikmat bergelar juara di pentas antarabangsa apabila menjulang gelaran Kejohanan Hoki Cabaran Lima Negara di Paris selepas menewaskan Perancis 4-2 kelmarin, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

'Manfaat peluang di Slovakia'

Posted:

SKUAD bawah 21 tahun (B-21) kebangsaan, Harimau Muda A yang bakal berlepas ke Slovakia malam esok harus memanfaatkan sepenuhnya latihan selama tiga bulan di negara Eropah Timur itu.

Crouch, Defoe dipanggil semula

Posted:

LONDON - Dua penyerang Tottenham Hotspur, Peter Crouch dan Jermain Defoe (gambar) disenaraikan semula dalam skuad kebangsaan England.

Hodgson bimbang masa depan Torres

Posted:

LIVERPOOL - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson berharap penyerang, Fernando Torres tidak dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Milan bermula langkah kanan

Posted:

ROM - AC Milan membela- sah Lecce 4-0 untuk memulakan kempen Serie A musim ini dengan langkah kanan kelmarin.

Vettel belum menyerah kalah

Posted:

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium - Sebastian Vettel (gambar) mengakui dia masih berpeluang untuk memenangi gelaran juara dunia pada perlumbaan Formula Satu (F1) musim ini.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ribuan lari gunung berapi meletus

Posted:

JAKARTA - Sebuah gunung berapi di Pulau Sumatera, Indonesia meletus buat pertama kali dalam tempoh 400 tahun semalam. Gunung itu mengeluarkan asap dan debu ke udara sekali gus menyebabkan ribuan penduduk bertindak menyelamatkan diri dengan meninggalkan rumah masing-masing.

MV Agusta sekali lagi dijual satu euro

Posted:

ROM - Syarikat pengeluar motosikal terkenal dunia, Harley-Davidson menjual syarikat motosikal berkuasa tinggi MV Agusta yang pernah dibeli oleh syarikat Proton dari Malaysia pada harga satu euro (RM4.01), lapor majalah dalam talian, Motorcycle.co m.

Pertandingan memasak kemaluan haiwan

Posted:

OZREM, Serbia - Kejohanan Memasak Kemaluan Haiwan Dunia Kali Ketujuh diadakan di sebuah kawasan perkampungan di sini kelmarin.

Pancing ikan piranha di Sungai Thames

Posted:

MARLOW, Britain - Seorang pemancing, Richard Salmon tidak menyangka dia dapat menangkap seekor ikan piranha yang mempunyai gigi tajam dengan menggunakan jorannya di Sungai Thames, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Bilik hotel dikelilingi ikan

Posted:

MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Mahu bawa isteri buat haji

Posted:

SEMALAM, tepat pukul 3 petang, pelakon popular, Fahrin Ahmad melangkah kaki keluar dari negara tercinta ini menuju ke rumah Allah bagi mengerjakan umrah. Gagah membawa sekeping tubuh yang penuh nekad tanpa ditemani sesiapa, jejaka berusia 31 tahun itu mengunjungi ke Tanah Suci selama dua minggu dan kepulangannya pada hari raya ketiga nanti.

Menyusuri legasi Tun Abdul Razak

Posted:

MENERUSI sejarah yang dipelajari, kita mengenali Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein Al-Haj sebagai Bapa Pembangunan. Namun, sejauh manakah kita mengenali figura itu yang turut bertanggungjawab meleraikan kemelut krisis perkauman pada 13 Mei 1969?

Heidi menyesal besarkan payu dara

Posted:

HEIDI MONTAG yang sebelum ini pernah melakukan beberapa pembedahan membesarkan payu dara dan pada bahagian hidung kini berasa risau dirinya akan mengalami nasib seperti Michael Jackson. Dia yang popular menerusi siri The Hills terkenal kerana pernah menjalankan 10 pembedahan kosmetik dalam sehari.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


CEO wanita saman RM20 juta

Posted:

KOTA BHARU – Seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) wanita di sini menyaman sebuah syarikat telekomunikasi sebanyak RM20 juta kerana didakwa mendedahkan kandungan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan rakaman perbualan telefon beliau dengan individu lain.

Feri lewat 3 jam, kapten positif ambil syabu

Posted:

PORT DICKSON - Perjalanan sebuah feri dari Jeti Penumpang Port Dickson di sini ke Dumai, Indonesia terpaksa ditangguhkan selama tiga jam gara-gara kapten feri terbabit ditahan kerana dia didapati positif mengambil dadah.

Cari kaedah 500,000 tunai haji

Posted:

KOTA BHARU - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) akan menggunakan kaedah berkesan bagi memastikan semua 500,000 senarai menunggu yang mendaftar untuk menunaikan haji dapat mengerjakan ibadah itu mengikut jangka masa ditetapkan.

Dua beradik diasing

Posted:

PASIR PUTEH - Mahkamah Majistret di sini semalam mengeluarkan perintah mengasingkan dua daripada tiga beradik yang melarikan diri dari rumah mereka di Kampung Saador, Bachok dekat sini daripada jagaan ibu bapa mereka.

Satu maut angkara kotak misteri

Posted:

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah yang tinggal di tingkat 12, Blok 2, Apartmen Desa Tun Razak di sini semalam mulanya teruja apabila melihat sebuah kotak dengan dua biji limau bali berada di hadapan pintu rumahnya.

Mangsa culik mati jatuh bangunan

Posted:

GOMBAK - Hasrat tiga pelancong warga Sri Lanka untuk melarikan diri selepas diculik dan dikurung di sebuah bilik dalam sebuah bangunan tiga tingkat oleh dua lelaki sejak tiga hari lalu berkecai apabila salah seorang daripada mereka mati apabila terjatuh di Jalan Nenas, Pinggiran Batu Caves di sini kelmarin.

Bayi ditinggal tersangkut pada tiang

Posted:

SHAH ALAM - Seorang bayi lelaki yang masih hidup ditemui disumbat dalam sebuah beg kertas sebelum disangkut pada sebatang tiang papan tanda di simpang lampu isyarat di Brunfield di Seksyen 13 di sini semalam.

Budak lelaki rentung dalam banglo terbakar

Posted:

MELAKA – Sepatutnya Tan Ho Meng, 11, (gambar kecil) akan bersekolah seperti biasa pada hari ini.

Penyeludup rempuh kereta PGA

Posted:

RANTAU PANJANG - Jika akhir-akhir ini mercun begitu rancak cuba diseludup masuk ke negara ini, namun tanpa disangka kain batik sarung turut menjadi tumpuan aktiviti penyeludupan sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

Pengarah JPJ palsu kaut RM10,000

Posted:

KUALA TERENGGANU - Seorang individu dipercayai menyamar sebagai Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu untuk mendapatkan wang tunai berjumlah RM10,000 daripada beberapa mangsa.

SPRM digesa siasat MPPP

Posted:

BAYAN BARU – "Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta siasat Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berhubung bazar Ramadan di tapak Masjid Umar Ibnu Al-Khattab di sini."
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Kelima buat Nicol

Posted:

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David merangkul gelaran kelima berturut-turut pada Kejohanan Terbuka Hong Kong 2010 selepas menumpaskan Jenny Duncalf pada perlawanan akhir semalam.

Lewis Hamilton juara

Posted:

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium - Pemandu McLaren, Lewis Hamilton muncul juara perlumbaan kereta Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Belgium selepas mengharungi aksi yang penuh mencabar semalam.

Hishan mahu futsal lebih kompetitif

Posted:

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Abdullah Hishan Mohd. Hashim bertekad untuk menjadikan futsal dan bola sepak pantai sebagai sukan yang lebih kompetitif di negara ini.

Hoki: Skuad negara hilang rentak

Posted:

SKUAD hoki negara gagal meneruskan rentak kemenangan pada Kejohanan Hoki Cabaran Lima Negara apabila tumpas 1-4 kepada Ireland di Paris kelmarin ketika separuh dari- pada pemain sedang menjalani ibadah puasa, lapor SHAHRIL NIZAM ABDULLAH.

Tiger Woods pamer prestasi yo-yo

Posted:

PARAMUS, New Jersey - Tiger Woods yang baru keluar daripada masalah keruntuhan rumah tangganya berikutan pendedahan skandal seks dengan beberapa pelacur, masih bergelut dengan prestasi yo-yo pada Piala FedEx yang memasuki pusingan ketiga kelmarin.

Klinsmann calon bos Villa

Posted:

LONDON - Jurgen Klinsmann menjadi calon utama untuk menggantikan pengendali sementara Kevin MacDonald di Aston Villa.

Wenger mula cakap besar

Posted:

BLACKBURN - Arsene Wenger yakin kejayaan Arsenal menewaskan Blackburn 2-1 malam kelmarin bakal memaksa pasukan-pasukan lain lebih menghormati mereka dalam pemburuan gelaran Liga Perdana England musim ini.

Lampard terlepas aksi kelayakan Euro

Posted:

LONDON – Frank Lampard dan John Terry tidak disenaraikan dalam skuad England menentang Bulgaria pada kempen Kelayakan Euro 2012 di Stadium Wembley, Jumaat depan.

'Gagal bukan pilihan saya'

Posted:

LONDON - Jose Mourinho sedar bahawa untuk menutup mulut pengkritiknya di Real Madrid, beliau perlu menghadiahkan gelaran Liga Sepanyol dan Liga Juara-Juara musim ini.

Nadal idam gelaran Terbuka AS

Posted:

NEW YORK - Rafael Nadal mena- ruh harapan untuk menjuarai Terbuka Amerika Syarikat bagi melengkapkan gelaran Grand Slam dalam kariernya.
Read more