Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pak Sheikh didakwa

Posted:

SHAH ALAM - Seminggu selepas penangkapan dua lelaki yang terbabit dalam kegiatan nikah sindiket Pak Sheikh, salah seorang daripadanya berjaya dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Raja Azmi tidak mengaku bohong

Posted:

KUALA LUMPUR – Penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman yang kelihatan letih selepas semalaman bermalam di lokap dibawa oleh polis menghadiri perbicaraan kes saman sivil berhubung penjualan tanah berharga RM5.9 juta melibatkan dirinya di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Pandu berhemah dapat diskaun tol

Posted:

PETALING JAYA – Kementerian Kerja Raya mencadangkan kepada syarikat-syarikat pemegang konsesi lebuh raya agar turut memberikan diskaun istimewa bagi bayaran tol kepada para pemandu berhemah sempena perayaan Aidilfitri ini.

Penarik kereta dipenjara 14 tahun

Posted:

MELAKA – Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan empat sebatan ke atas seorang penarik kereta selepas dia mengaku bersalah memaksa dua remaja yang kedua-duanya berusia 15 tahun sembilan bulan melakukan seks oral terhadapnya tahun lalu.

Dadah RM15.2 juta dalam kain

Posted:

IPOH – Tembelang satu sindiket menyembunyikan 1,015,500 biji pil khayal jenis eramin 5 bernilai RM15.2 juta di dalam 58 gulungan kain terbongkar apabila polis menyerbu sebuah gudang di Jalan Kuala Kangsar di sini petang kelmarin.

Mayat bayi dibalut kain

Posted:

REMBAU - Seorang pengawal keselamatan terkejut apabila mendapati bungkusan kain yang disangka buah cempedak rupanya mengandungi mayat seorang bayi lelaki di sebuah perhentian bas di kilometer 17 Jalan Pedas-Linggi di Kampung Kundur Hilir dekat sini semalam.

24 hotel guna bahan diragui halal

Posted:

KUALA LUMPUR – Sebanyak 24 buah hotel daripada 34 buah hotel yang dipantau oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kerana menawarkan sajian Bufet Ramadan bermula 1 hingga 10 Ramadan lalu didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Ramai yang masih berdegil

Posted:

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengeluarkan 296 notis kompaun terhadap kesalahan merokok di kawasan larangan dan mereka yang di bawah umur merokok dalam satu operasi pada 10 Ogos lalu.

Penduduk bantah jejambat sempit

Posted:

PETALING JAYA – Kira-kira 30 penduduk Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara di sini menyuarakan bantahan terhadap pembinaan jejambat baru di kampung itu yang dilihat terlalu sempit dengan beza kira-kira 1.066 meter berbanding jejambat sedia ada, 2.8 meter.

600 penduduk bantahpemancar telekomunikasi

Posted:

GEORGE TOWN – Seramai 600 penduduk pangsapuri Krystal Villa di sini membantah pemasangan lebih 15 alat pemancar telekomunikasi berdekatan kediaman mereka kerana ia didakwa menjejaskan kesihatan.

0 ulasan:

Catat Ulasan