Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Penjenayah terkenal Australia ditembak mati

Posted:

MELBOURNE - Dua lelaki ditembak mati di kawasan sebuah bar di bandar raya ini selepas seorang penjenayah terkenal, Macchour Chaouk ditembak mati, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa perang terbaru antara kumpulan penjenayah di sini mungkin berlaku.

Kadet lesbian letak jawatan

Posted:

WASHINGTON - Seorang kadet lesbian yang merupakan salah seorang pelajar terbaik di sebuah akademi ketenteraan di Amerika Syarikat (AS), Katherine Miller telah mengambil keputusan untuk keluar dari akademi itu kerana undang-undang melarang lesbian berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera, lapor sebuah akhbar semalam.

Kuman super sudah merebak ke Australia

Posted:

SYDNEY - Tiga rakyat Australia yang pernah melawat India disahkan semalam dijangkiti kuman super yang kebal semua antibiotik sekali gus mencetuskan kebimbangan ia sedang merebak dengan pantas ke seluruh dunia.

Jennifer Aniston diselar O'Reilly

Posted:

NEW YORK - Gara-gara komennya tentang isu ibu tunggal, aktres Jennifer Aniston telah dilabelkan sebagai 'pembawa kemusnahan dalam masyarakat' oleh pengkritik politik terkenal, Bill O'Reilly.

Victoria Beckham nafi hamil

Posted:

LONDON - Victoria Beckham (gambar) menafikan khabar angin yang bertiup kencang mendakwa dia kini hamil anak keempat.

Ramai remaja di ASambil suntikan botox

Posted:

NEW YORK - Remaja semuda 13 tahun mula mendapatkan suntikan botox manakala doktor-doktor di Amerika Syarikat (AS) telah melakukan lebih 12,000 prosedur terhadap golongan itu pada tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Peguam dakwa wanita zina dipaksa buat kenyataan

Posted:

LONDON - Peguam seorang wanita Iran yang dihukum rejam sampai mati di negara republik Islam berkenaan memberitahu sebuah akhbar Britain bahawa anak guamnya diseksa sebelum dia membuat pengakuan terbabit dalam pembunuhan suaminya di televisyen baru-baru ini.

Peti sejuk 56 tahun masih berfungsi

Posted:

LONDON - Sebuah peti sejuk dipercayai yang tertua di Britain masih berfungsi dengan baik selepas 56 tahun dibeli, lapor sebuah akhbar semalam.

Tupai beraksi seperti John Travolta

Posted:

WARSAW - Seorang jurugambar, Marek Paluch telah merakamkan gambar seekor tupai yang melakukan aksi seperti pelakon John Travolta yang sedang menari dalam filem Saturday Night Fever , lapor sebuah akhbar semalam.

Pemandu laju bakal didenda RM3.24 juta

Posted:

ZURICH - Seorang pemandu kereta berumur 37 tahun di Switzerland bakal dikenakan denda sebanyak AS$1.02 juta (RM3.24 juta) kerana memandu melebihi had laju, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan