Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Rakan ambil ekzos asli di rumah elak remaja disaman

Posted:

MELAKA – Gara-gara menukar ekzos motosikal, dua remaja yang ditahan dalam Ops Ambang Merdeka di hadapan Hospital Melaka di sini awal pagi semalam bukan sahaja nyaris disaman malah terpaksa mengambil semula ekzos yang asli di rumah masing-masing.

Michael Soosai ditahan di India

Posted:

CHENNAI - Michael Soosai (gambar), penjenayah Malaysia yang melarikan diri ke selatan India sejak beberapa tahun lalu, ditahan di sebuah hotel di sini Khamis lepas setelah polis India menjejakinya dengan menggunakan teknologi canggih.

Dua lelaki ditahan bantu siasatan

Posted:

JOHOR BAHRU – Teka-teki siapa dalang yang menyamar sebagai Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibrahim Ibni Sultan Ibrahim di laman sosial Facebook baru-baru ini semakin terungkai apabila polis menahan dua lelaki di sebuah rumah di Taman Sri Amar, Majidee di sini bagi membantu siasatan semalam.

Maut selepas gagal minta RM5

Posted:

BESUT - Seorang remaja yang gagal mendapatkan wang sebanyak RM5 daripada ibunya maut dalam satu kemalangan di Kilometer 4 Jalan Jerteh-Kuala Besut dekat Kampung Alor Lintah di sini semalam.

Motosikal jadi cagaran hangus

Posted:

NIBONG TEBAL - Misteri menyelubungi seorang lelaki apabila sebanyak 19 buah motosikal yang diletakkan di premis kereta sewa miliknya sebagai cagaran sekiranya pelanggan gagal menjelaskan sewa hangus dalam kejadian di Kampung Kepala Gajah, Simpang Ampat di sini semalam.

Sambutan merdeka meriah

Posted:

KUALA LUMPUR – Sambutan kemerdekaan negara ke-53 peringkat nasional semalam tetap meriah dan mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya diadakan di ruang tertutup di Stadium Putra di Bukit Jalil, bagi menghormati kemuliaan bulan Ramadan.

Taktik baru elak ditangkap khalwat

Posted:

SHAH ALAM – Sepasang kekasih membayar RM140 untuk menyewa dua bilik berasingan di sebuah hotel bajet di Bandar Sunway, Petaling Jaya dekat sini awal pagi semalam bagi mengelak daripada dikesan melakukan khalwat.

Pencuri motosikal kena belasah

Posted:

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berumur 20-an cedera teruk dibelasah orang ramai akibat tindakannya cuba mencuri sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah kedai di Lundang di sini petang semalam.

KTMB rancang kereta api elektrik antara bandar

Posted:

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) bakal memperkenalkan koc perkhidmatan antara bandar menggunakan kuasa elektrik dalam tempoh lima tahun lagi bagi laluan di bahagian pantai barat Semenanjung.

75 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

TELUK INTAN - Sebanyak 75 buah kediaman di sekitar Rumah Awam Padang Tembak, City Mewah dan Kampung Banjar di sini rosak teruk dalam kejadian ribut pada petang kelmarin.

Ibu bingung anak gadis enggan pulang

Posted:

MELAKA – Seorang ibu, Zalina Mahat, 45, bingung memikirkan sikap anak perempuannya yang tidak mahu pulang ke rumah selepas tinggal bersama kakak ipar ibunya itu pada 5 Julai lalu.

SPRM bongkar balak haram Tersang

Posted:

RAUB - Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini semalam turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.

RM8 juta untuk bangunkan Habib Hotel

Posted:

KOTA BHARU – Habib Jewels Sdn. Bhd. (Habib Jewels) yang terkenal sebagai pengeluar, pemborong dan peruncit barang-barang kemas di negara ini mengembangkan sayap perniagaannya dengan menceburi sektor perhotelan.

0 ulasan:

Catat Ulasan