Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Polis tangkap Raja Azmi

Posted:

KUALA LUMPUR – Kontroversi Raja Azmi Raja Sulaiman, 51, tiada tanda akan berkesudahan apabila semalam penerbit filem itu ditahan ketika dia pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang dekat sini untuk membuat satu laporan polis.

Wook tak mahu lagi jadi janda

Posted:

HULU TERENGGANU – Warga emas berusia 108 tahun, Wook Kundur akan setia menunggu suaminya, Mohd. Nor Musa, 38, sehingga dia betul-betul insaf dan meninggalkan ketagihan dadah kerana tidak mahu menjadi janda untuk kali ke-23.

Doa khutbah untuk Guan Eng

Posted:

KEPALA BATAS – Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang memprotes penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam doa khutbah kedua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Seorang Penjahat 4 Jahanam dijel

Posted:

AMPANG - Seorang penghantar dokumen yang disyaki Penjahat Empat Jahanam dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam setelah dia mengaku bersalah melakukan samun di sebuah klinik di pinggir ibu kota pada 7 Disember.

Pasangan ditahan tanam janin

Posted:

BUTTERWORTH - Polis menahan satu pasangan remaja yang disyaki menanam janin bayi berusia lima bulan di halaman sebuah rumah di Kampung Bagan Dalam di sini semalam.

Cipta kemalangan larikan kereta

Posted:

BATU GAJAH - Taktik seorang lelaki yang mencipta kemalangan untuk melarikan kenderaan yang dinaiki mangsanya dapat memperdaya dua wanita dalam kejadian di dua lokasi dalam tempoh enam jam di Ipoh dan Batu Gajah kelmarin.

Masak bufet Ramadan guna cuka wain

Posted:

GEORGE TOWN - Sebuah hotel terkemuka di negeri ini diserbu pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada Selasa lalu ekoran menggunakan bahan perasa beralkohol ke dalam sajian bufet Ramadan.

Benjy tunjuk tempat simpan syabu

Posted:

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes dadah pelakon Benjy bermula semalam dengan Mahkamah Majistret di sini diberitahu oleh seorang pegawai polis bahawa dua paket plastik disyaki syabu dijumpai dalam serbuan di sebuah apartmen di Kepong pada 11 Mac lalu.

Mangsa simbah asid rindu ayah

Posted:

KUALA TERENGGANU – "Lin rindu ayah." Itulah luahan Lin atau Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang menjadi mangsa simbah asid akibat perbuatan ayahnya sendiri.

Wanita larikan kereta dipenjara

Posted:

MELAKA - Seorang wanita yang pernah mencetuskan kacau-bilau kerana melarikan kenderaan milik pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Mei dan Julai lalu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Lebih banyak pusat siber status MSC

Posted:

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) merancang menjadikan dua lagi bangunan di Lembah Klang berstatus Pusat Siber MSC Malaysia menjelang akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Badlisham Ghazali.

0 ulasan:

Catat Ulasan