Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Pelancong bilionair Arab suka London

Posted:

LONDON - Bandar raya London kini menjadi tumpuan keluarga bilionair dari negara-negara Asia Barat seperti Kuwait, Abu Dhabi, Arab Saudi, Qatar dan Dubai untuk memandu kereta sport mewah yang dibawa khas dengan menggunakan jet peribadi, lapor sebuah akhbar semalam.

Abu Bakar Bashir ditangkap

Posted:

JAKARTA - Unit antipengganas Indonesia telah menangkap seorang ulama radikal Islam, Abu Bakar Bashir atas tuduhan mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Al-Qaeda dan merancang pembunuhan berprofil tinggi mirip serangan di Mumbai yang menyasarkan warga asing di Jakarta.

Bekas aktres lucah sedih bos HP letak jawatan

Posted:

SAN FRANCISCO - Bekas pelakon filem lucah, Jodie Fisher sedih kerana dakwaan skandal gangguan seksual yang dilaporkannya menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Hewlett-Packard, Mark Hurd meletakkan jawatan pada Jumaat lalu.

Bayi ada payu dara sebab susu tepung

Posted:

BEIJING - Bayi-bayi perempuan di China mengalami tumbesaran payu dara seperti wanita dewasa setelah mereka diberi minum susu tepung yang dicemari hormon, lapor sebuah akhbar semalam.

Saintis minta manusia hidup di planet lain

Posted:

LONDON - Pakar astrofizik, Stephen Hawking, 68, memberi amaran bahawa bangsa manusia perlu membuka penempatan baru di angkasa lepas dalam tempoh dua kurun lagi atau berdepan risiko pupus, lapor sebuah akhbar semalam.

Korea Utara lepaskan tembakan meriam

Posted:

SEOUL - Tentera Korea Utara telah melepaskan tembakan meriam semalam ke perairan berhampiran sempadan dengan Korea Selatan semasa ketegangan kian memuncak antara kedua-dua buah negara.

Guna bisa ular rawat pesakit

Posted:

KABUL - Seorang doktor homeopati Afghanistan, Mohammad Sherzad menjadi tumpuan pada setiap hari kerana beliau merawat penyakit sawan dan vitiligo atau penyakit yang menyebabkan terdapat tompokan putih pada kulit dengan menggunakan bisa ular dan kala jengking.

Lady Gaga diraba peminat

Posted:

CHICAGO, Amerika Syarikat - Tubuh penyanyi terkenal, Lady Gaga (gambar) diraba selepas dia melompat dari pentas ke arah sejumlah peminat pada satu konsert sempena Festival Lollapalooza di sini pada minggu lalu.

Enjin pesawat terhenti sebab helang

Posted:

ANCHORAGE - Gara-gara seekor helang, sebuah pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Alaska Airlines yang sedang memecut untuk terbang tiba-tiba terhenti di sebuah lapangan terbang kecil di Sitka, tenggara Alaska, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

0 ulasan:

Catat Ulasan