Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jual balik lesen sehingga RM30,000

Posted:

KUALA LUMPUR - Mahu 'sewa' tapak bazar Ramadan?

Ustaz tayang video lucah

Posted:

REMBAU – Tugas seorang ustaz sepatutnya membimbing murid ke jalan benar melalui pembelajaran agama, tetapi perkara sebaliknya berlaku di sebuah sekolah kebangsaan dekat sini.

Dihumban ke dalam perigi selepas dibunuh

Posted:

BERUAS - Kecelakaan menimpa Lim Ting Peng, 49, yang ditemui mati selepas lima hari dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Bayi ditinggal di kaki lima kedai

Posted:

NIBONG TEBAL - Seorang bayi perempuan berbalut surat khabar dan plastik ditemui ditinggalkan di kaki lima sebuah rumah kedai di Taman Cegar, Simpang Ampat, dekat sini awal pagi semalam.

Kenang jasa wira negara

Posted:

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam bertitah supaya semua lapisan rakyat mengenang kembali jasa wira negara dengan meningkatkan semangat patriotisme dan cintakan negara.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Selangor sah juara Liga Super

Posted:

SELANGOR sah bergelar juara Liga Super 2010 setelah berjaya menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Gandingan Tengku Abdullah, Annuar

Posted:

TENGKU Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berjaya menyandang semula jawatan sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi penggal 2010/2014.

Barisan muka baru FAM tekad kerja keras

Posted:

BARISAN muka baru yang dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2010/2014 berazam untuk bekerja keras bagi memajukan sukan bola sepak di negara ini dan menjadikannya sebagai agenda nasional.

Dua temasya jadi keutamaan FAM

Posted:

MISI utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ialah memastikan skuad negara layak ke final acara bola sepak pada temasya Sukan Asia di Guangzhou, China, November depan.

Ancelotti idam trofi Liga Juara-Juara

Posted:

LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti yakin skuad The Blues mampu merangkul trofi Liga Juara-Juara musim depan.

Hernandez ceriakan Chivas

Posted:

GUADALAJARA - Kelab dari Mexico, Guadalajara Chivas mencatat kemenangan bermakna apabila menewaskan Manchester United 3-2 pada perlawanan persahabatan di Stadium Omnilife kelmarin.

'Fabregas tetap kapten Arsenal'

Posted:

LONDON - Peluang kelab gergasi Sepanyol, Barcelona bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Fabregas dilihat semakin tipis.

Farid mahu sekat dua pelumba Thailand

Posted:

SEKALIPUN berlaku kesilapan dalam sesi ujian kelayakan semalam, pelumba muda negara, Muhammad Farid Badrul Hisam (gambar) tetap yakin mampu melakar kejutan pada Pusingan 2 Kejuaraan Malaysian Super Series (MSS) di Litar Antarabangsa Sepang hari ini.

Masters Singapura milik Nicol

Posted:

RATU negara, Datuk Nicol Ann David berjaya merangkul kejuaraan buat kali keempat berturut-turut pada Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura 2010.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Misteri makhluk aneh di Britain

Posted:

EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

Posted:

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.

Banjir di Pakistan ragut 430 nyawa

Posted:

PESHAWAR - Angka kematian akibat banjir sepanjang tiga hari di Pakistan mencecah sekurang-kurang 430 orang semalam setelah hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah, kampung-kampung ditenggelami air dan mencetuskan tanah runtuh.

Kos kahwin anak Clinton RM9.54j

Posted:

RHINEBECK, New York - Kos perkahwinan Chelsea Clinton berumur 30 tahun yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton di sebuah hartanah peribadi di New York hari ini dianggarkan mencecah lebih AS$3 juta (RM9.54 juta).

Isteri Raul sokong suami diusir balik

Posted:

JAKARTA - Isteri ahli perniagaan Raul Lemos dari Timor Leste, Sechah Salem Sagram menyambut baik desakan sebuah badan bebas tempatan yang mahu pihak berkuasa imigresen Indonesia menghantar pulang suaminya balik ke Timor Leste kerana bercium dengan penyanyi Krisdayanti di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam.

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai

Posted:

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Sembang lucah di iPhone 4

Posted:

NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Gigi palsu Churchill dilelong RM75,249

Posted:

LONDON - Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain, Sir Winston Churchill (gambar) dilelong kelmarin pada harga £15,200 (RM75,249) tiga kali lebih tinggi daripada nilai tawaran bidaan asal.

London lancar skim sewa basikal

Posted:

LONDON - Dewan bandar raya London telah mengikut langkah Paris dan Shanghai dengan melancarkan skim pinjaman basikal semalam sebagai sasaran untuk menjadikan pengangkutan negara itu lebih mesra alam menjelang Olimpik 2012.

Kapal selam guna kuasa kayuhan

Posted:

NICE - Satu pasukan jurutera Perancis diketuai Stephane Rousson menguji sebuah kapal selam mini sepanjang 3.5 meter yang menggunakan kuasa kayuhan seperti basikal dan boleh menyelam pada kedalaman enam meter.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Rebut watak Tom Cruise

Posted:

DIA merupakan antara wanita tercantik dan paling banyak diperkatakan di dunia. Namun, hanya Angelina Jolie yang berpeluang merampas apa yang sepatutnya menjadi milik Tom Cruise - watak utama filem Salt yang kini sedang menjengah pawagam seluruh dunia.

V versi baru

Posted:

MEREKA hadir di bumi dengan penampilan seperti manusia biasa. Namun, di sebalik kulit manusia, mereka merupakan makhluk asing yang mempunyai perancangan terselindung. Muncul serentak dengan kapal angkasa di 29 bandar besar di dunia, mereka diketuai oleh Anna yang berpenampilan cantik.

Inul tolak politik

Posted:

TIDAK mahu terikut-ikut dengan budaya selebriti bertukar kerjaya menjadi ahli politik, nampaknya Inul tidak segan silu memberitahu daripada masuk gelanggang politik, lebih baik dia melebarkan bisnes karaokenya. Itu lebih berfaedah, kata penyanyi dangdut sensasi itu.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Setia saya hanya kepada Ekin - Mawi

Posted:

KUALA LUMPUR - "Saya setia kepada Ekin seorang!"

Wanita terlepas hukuman mati

Posted:

GEORGE TOWN - Mahkamah Tinggi di sini semalam mengarahkan seorang wanita yang didapati tidak bersalah atas tuduhan menjerut leher dua orang anaknya hingga mati supaya menjalani rawatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama perkenan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang.

Asyraf muncul juara Imam Muda

Posted:

KUALA LUMPUR - Menepati ramalan, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, diumumkan sebagai juara pada malam kemuncak program realiti dakwah, Imam Muda yang berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini semalam.

Air Empangan Chereh dilepaskan Selasa ini elak banjir

Posted:

KUANTAN - Sebanyak 475 juta liter air sehari akan dilepaskan dari Empangan Chereh, Sungai Lembing dekat sini bermula Selasa ini sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh tidak lama lagi.

Padah panjat bangunan asrama

Posted:

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang pelajar jurusan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (UM) memanjat bilik rakannya untuk mengambil telefon bimbit dan dompet yang tertinggal mengundang padah apabila dia maut setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut semalam.

Bunuh: Suami isteri dibebas

Posted:

IPOH - Sepasang suami isteri dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri daripada tuduhan membunuh seorang lelaki yang sebelum ini didakwa sebagai 'kekasih gelap' kepada si isteri dalam kejadian tujuh tahun lalu.

TBBR kini tinggal kenangan

Posted:

MELAKA - Setelah lebih 25 tahun beroperasi, pusat peranginan Tanjung Bidara Beach Resort (TBBR) akhirnya ditutup mulai 17 Julai lalu.

KLFM hiburkan banduan penjara Kajang

Posted:

KUALA LUMPUR - Walaupun hujan lebat, lebih 1,000 banduan penjara Kajang tetap tidak berganjak untuk menyaksikan Konsert Raya 972 KLFM yang diadakan di dalam penjara tersebut petang semalam.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Muka lama dan baru jadi pilihan?

Posted:

SERAMAI 38 ahli Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan menentukan barisan kepimpinan badan induk itu bagi penggal 2010/ 2014 pada sesi pemilihan Kongres Tahunan ke-47 di Shah Alam hari ini.

Malaysia, Indonesia rancang Liga ASEAN

Posted:

KERAWANG, JAWA BARAT - Malaysia dan Indonesia merancang untuk mewujudkan Liga Bola Sepak ASEAN bagi mempertingkatkan lagi standard sukan bola sepak di kalangan negara anggota di rantau itu.

Selangor hampiri gelaran

Posted:

SELANGOR berpeluang ditabalkan selaku juara Liga Super malam ini.

Sathianathan terima segala kemungkinan

Posted:

KETIKA Selangor mula berkira-kira untuk menjulang trofi Liga Super musim ini, Kelantan pula pasrah andai mereka sekali lagi kempunan untuk muncul juara, lapor KHAIRI MOHAMAD.

Kelantan tagih 'ihsan' Terengganu

Posted:

BUAT pertama kali, harapan seluruh penyokong fanatik Kelantan kini disandarkan kepada kesebelasan utama Terengganu dalam misi mereka menyekat Selangor daripada berpesta lebih awal untuk menjulang trofi Liga Super.

Pemberian insentif diperkukuh

Posted:

PROGRAM pemberian insentif bagi atlet pelapis yang masih bersekolah akan diperkukuhkan lagi sebagai galakan kepada mereka untuk mencipta kejayaan dalam bidang sukan.

Regu takraw Malaysia rangkul emas di Piala Raja Thai

Posted:

SEPERTI diramal, regu elit negara berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Sepak Takraw Dunia Piala Raja Thai ke-25 di Chiang Mai semalam.

Zainol terajui kepimpinan PAFA

Posted:

PENGERUSI Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin (gambar) terpilih sebagai presiden baru Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), lapor KAMARUDDIN ISMAIL.

Skuasy: Nicol ke pentas final

Posted:

RATU negara, Datuk Nicol Ann David menghampiri gelaran keempat berturut-turut pada Kejohanan Skuasy Wanita Masters Singapura 2010.

Massa tak mahu jadi pemandu No. 2

Posted:

LONDON - Felipe Massa memberitahu, dia akan meninggalkan perlumbaan Formula Satu (F1) sekiranya menjadi pemandu nombor dua suatu hari nanti.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Misteri objek langgar kapal tangki

Posted:

FUJAIRAH – Pihak berkuasa pelabuhan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam menyatakan kemungkinan kapal tangki Jepun, M. Star berlanggar dengan kapal selam atau terlanggar periuk api sehingga mengakibatkan dek kapalnya rosak semasa belayar melalui Selat Hormuz di Teluk Parsi dekat Iran.

Paris Hilton nafi dibayar bilionair Malaysia RM3.1j

Posted:

NEW YORK - Seorang jurucakap selebriti Paris Hilton menafikan dia dibayar AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk berparti bersama seorang bilionair Malaysia Taek Jho Low, lapor akhbar New York Post semalam.

Lelaki Taiwan dipenjara 80 tahun kerana dadah

Posted:

MANILA - Sebuah mahkamah di Filipina menjatuhkan hukuman penjara 80 tahun terhadap seorang lelaki Taiwan, Hsieh Chang kerana memiliki lebih tiga kilogram dadah terlarang.

Toyota panggil balik 412,000 kereta di AS

Posted:

TOKYO - Syarikat Toyota Motors semalam memanggil balik 412,000 kereta penumpang yang sebahagian besarnya merupakan model Avalon di Amerika Syarikat (AS) ekoran masalah pada stereng yang menyebabkan tiga kemalangan telah berlaku.

Luna Maya digoda di ibu pejabat polis

Posted:

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya yang menjadi suspek dalam skandal video seks melibatkan penyanyi band Peterpan, Ariel digoda oleh beberapa orang yang berada di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Majalah siar foto bogel Jolie

Posted:

MIAMI - Sebuah majalah mingguan hiburan gosip terkenal Amerika Syarikat (AS) menyiarkan gambar-gambar bogel aktres sensasi Angelina Jolie yang belum pernah disiarkan lagi semasa dia berusia 24 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Ratusan orang serang masjid ajaran sesat

Posted:

JAKARTA – Polis Indonesia bertempur dengan kira-kira 200 penduduk tempatan semalam ketika mereka cuba menyerang sebuah masjid milik pengikut fahaman Ahmadiyah di Jawa Barat.

Cabut gigi guna playar

Posted:

MANILA- Doktor-doktor mencabut gigi sebahagian banduan di Penjara Bandar Quezon di sini tanpa menggunakan ubat bius, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki 40 tahun setinggi 76 sentimeter

Posted:

CHENGDU - Seorang lelaki China, Huang Kaiquan cuba memperbaharui rekod Guinness untuk menjadi manusia paling pendek di dunia dengan ketinggian 76 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.

Mallika Sherawat dedah payu dara

Posted:

MUMBAI - Pelakon terkenal Bollywood yang pernah membintangi filem Hollywood, Mallika Sherawat menyiarkan gambar separuh bogelnya di laman Twitter di Internet, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Tahap keselamatan terjamin

Posted:

ATLET negara ke Sukan Komanwel 2010 pada Oktober depan tidak perlu bimbang soal keselamatan kerana pihak berkuasa di New Delhi memberi jaminan terhadap aspek tersebut sepanjang temasya sukan itu berlangsung.

Liga Super: Kelantan masih belum menyerah kalah

Posted:

EMPAT gol yang cipta ketika membenam cabaran KL Plus di Kota Bharu kelmarin membuktikan Kelantan belum mahu menyerahkan mahkota kejuaraan Liga Super kepada Selangor.

Skuad bola sepak B-21 negara diberi tiga pilihan

Posted:

HALA tuju skuad Harimau Muda A akhirnya terjawab.

Tiada masalah buat Selangor

Posted:

KILAUAN trofi Liga Super semakin menghampiri Selangor selepas juara bertahan itu terus mendominasi kedudukan teratas dalam perebutan kejua- raan musim ini.

Felda United tidak akan 'bungkus'

Posted:

"WALAU apa sekali pun, saya tak fikir masalah 'pasukan bungkus atau kepupusan' akan berlaku kepada Felda United."

Pemain muda jadi sandaran United

Posted:

HOUSTON - Pengurus Manchester United, Alex Ferguson yakin barisan muda pasukan itu mampu meneruskan generasi emas yang pernah dihasilkannya sebelum ini.

Arsenal tanpa tiga tonggak

Posted:

LONDON – Arsene Wenger menerima tiga tamparan baru menjelang aksi pembukaan musim Liga Perdana England menentang Liverpool pada 15 Ogos depan.

Maradona dakwa dikhianati

Posted:

LONDON - Diego Maradona mendakwa dia telah dikhianati selepas kehilangan tugasnya sebagai juru- latih Argentina.

Beckham mungkin kembali jalani latihan penghujung Ogos

Posted:

HOUSTON - Jurulatih Los Angeles (LA) Galaxy, Bruce Arena menegas- kan, David Beckham mungkin akan kembali menjalani latihan pada akhir Ogos depan.

Button laung amaran

Posted:

LONDON - Pemandu McLaren, Jenson Button (gambar) memberi amaran kepada rakan sepasukannya, Lewis Hamilton menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) GP Hungary hujung minggu ini.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Imam Muda bukan imam hebat

Posted:

MUHAMMAD Asyraf Mohd. Ridzuan, 26, dan Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, dua jejaka muda ini tampak tenang dan cukup berkeyakinan. Kredibiliti mereka terserlah, walau masih terlihat ada sedikit getar di dada menghitung detik kemuncak pertandingan realiti televisyen berunsur keagamaan terbitan Astro Oasis, Imam Muda .

Nawal jejak Malaysia

Posted:

BAKAL beraksi buat kali pertama di Malaysia, penyanyi popular kelahiran Lebanon, Nawal Al-Zoghbi mungkin tidak begitu dikenali masyarakat tempatan.

Keluarga restu kahwin Orlando, Miranda

Posted:

HANYA selepas sebulan mengumumkan berita pertunangan mereka, Orlando Bloom, 33, dan Miranda Kerr, 27, tidak mengambil masa yang lama untuk berkahwin. Kini sedang enak menikmati bulan madu mereka selepas berkahwin minggu lalu, nampaknya keputusan drastik mereka itu mendapat restu daripada kedua-dua keluarga.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Kerabat Diraja Kelantan rentung

Posted:

SEPANG - Cubaan seorang pemandu lori simen dan kelindannya untuk menyelamatkan seorang kerabat Diraja Kelantan daripada hangus gagal apabila lelaki itu rentung selepas kereta Volvo dinaikinya terbakar selepas dirempuh kenderaan berat itu dari belakang.

Ah long dipukul, diculik peminjam

Posted:

JOHOR BAHRU - Kisah ah long bertindak ganas terhadap peminjam sering didengari namun keadaan sebaliknya berlaku di bandar raya ini pada 5 Julai lalu.

Pelajar diculik depan sekolah

Posted:

BESUT - Niat jahat dua lelaki yang menculik seorang pelajar dipercayai untuk dirogol bukan sahaja tidak termakbul malah, kedua-dua mereka dapat diberkas ketika sedang bersembunyi dalam keadaan parah di dalam sebuah rumah di Kampung Alur Jejawi, Kuala Besut di sini kelmarin.

Liong Sik didakwa tipu kerajaan

Posted:

PUTRAJAYA - Bekas Menteri Pengangkutan dan mantan Presiden MCA, Tun Dr. Ling Liong Sik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Bersalah bunuh suami isteri

Posted:

SEREMBAN - Seorang bekas petinju remaja Negeri Sembilan dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang wanita hamil lapan bulan dan suaminya di sebuah rumah di Senawang dekat sini tiga tahun lalu.

Ibu buang bayi kena jel dua tahun

Posted:

JOHOR BAHRU - Seorang wanita warga Indonesia yang tergamak membuang mayat bayi lelaki yang dilahirkannya terpaksa meringkuk di dalam penjara selama dua tahun selepas Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman tersebut di sini semalam.

10,000 guna KTM komuter sehari

Posted:

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan menganggarkan seramai 10,000 penumpang akan menggunakan perkhidmatan KTM Komuter bagi laluan Sentul-Batu Caves setiap hari apabila ia mula beroperasi semalam.

Senarai tempahan model mewah BMW Malaysia terus meningkat

Posted:

KUANTAN - BMW Group Malaysia (BMW Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak 4,000 unit kenderaan bagi tempoh berakhir tahun ini berbanding 3,500 unit pada tahun lalu.

Beli rumah bernilai lebih tinggi

Posted:

KUALA LUMPUR - Bagi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang belum pernah mengeluarkan simpanan mereka di bawah Pengeluaran Membeli Rumah atau Mengurang Baki Pinjaman Perumahan KWSP, kini berpeluang untuk membeli rumah yang lebih tinggi nilainya.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kapal tangki rosak akibat ombak misteri

Posted:

MUSCAT - Sebuah kapal tangki minyak Jepun mengalami kerosakan kerana dibadai ombak misteri di Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia ketika kapal berkenaan dalam perjalanan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Nahas pesawat Pakistan ragut 152 nyawa

Posted:

ISLAMABAD - Sebuah pesawat yang membawa 152 penumpang termasuk enam krew terhempas semalam dan terbakar di celah dua buah bukit serta hutan tebal di luar Islamabad semasa hujan lebat dengan tahap pandangan yang terhad.

Wanita jelita Rusia ditangkap seludup senjata

Posted:

WASHINGTON - Seorang lagi wanita Rusia, Anna Fermanova ditangkap di Amerika Syarikat (AS) semasa dia cuba menyeludup komponen senjata ke dalam sebuah pesawat, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis akan serah kertas siasatan Ariel

Posted:

JAKARTA - Polis Indonesia akan menyerahkan beberapa kertas siasatan melibatkan dua pengacara terkenal, Luna Maya dan Cut Tari berhubung kes skandal video seks dengan penyanyi, Ariel Peterpan kepada pejabat Peguam Negara pada minggu ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Presiden Iran bidas pihak pergunakan Paul

Posted:

TEHERAN - Sotong yang popular kerana membuat ramalan perlawanan bola sepak Piala Dunia, Paul dikecam oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai simbol keruntuhan yang dikaitkan dengan negara-negara Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sultan Brunei ada 7,000 kereta

Posted:

BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Lelaki misteri sering muncul di TV

Posted:

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tamadun manusia musnah 2182?

Posted:

LONDON - Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Koleksi negatif filem dibeli RM144 kini bernilai RM638 juta

Posted:

LOS ANGELES - Seorang pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), Rick Norsigian tidak menyangka koleksi 65 keping negatif filem yang dibeli sedekad lalu kini bernilai AS$200 juta (RM638 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Read more