Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Lagi rusuhan ganas meletus di AS

Posted:

CLEVELAND - Selepas Amerika Syarikat gempar dengan rusuhan perkauman di Oakland, California, ribuan penduduk di Ohio turut melancarkan protes jalanan namun kali ini kerana penghijrahan seorang pemain bola keranjang ternama.

Ibu Cut Tari jatuh sakit terkejut klip seks

Posted:

JAKARTA - Skandal klip video seks penyanyi Ariel Peterpan bukan sahaja hampir meretakkan hubungan Cut Tari (gambar) dengan suaminya, Johannes Joesoef Subrata, bahkan menyebabkan ibu wanita itu, Ny Tengku Joeransyah Mudadalam jatuh sakit.

Bangunan awam Beijing amat sejuk

Posted:

BEIJING - Pihak berkuasa China mendapati 20 peratus daripada ribuan bangunan awam di Beijing sebagai amat sejuk iaitu di bawah 26 darjah Celsius sekali gus melanggar peraturan khas ditetapkan sejak 2007 yang melarang suhu dingin berkenaan.

Kucing dicekup curi seluar dalam wanita

Posted:

SOUTHAMPTON - Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.

UAE warta fatwa haram tiup vuvuzela bunyi kuat

Posted:

DUBAI - Pihak berkuasa hal ehwal agama Islam Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin mewartakan fatwa yang melarang masyarakat Islam meniup kuat trumpet popular Piala Dunia 2010 iaitu vuvuzela sehingga melebihi kadar 100 decibel.

Banci Britain dicadang sekali setiap 200 tahun

Posted:

LONDON - Dalam usaha mengurangkan bajet awam, kerajaan perikatan Britain semalam mengumumkan langkah mengadakan bancian yang biasanya dijalankan setiap 10 tahun sejak bermula pada 1801 diubah kepada sekali selang 200 tahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan