Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Misteri makhluk aneh di Britain

Posted:

EDINBURGH - Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Iran dakwa rokok seludup ada darah babi

Posted:

TEHERAN - Seorang pegawai Iran menyatakan rokok yang diseludup ke Iran telah dicemari dengan darah babi dan bahan nuklear sebagai sebahagian daripada satu konspirasi negara-negara Barat.

Banjir di Pakistan ragut 430 nyawa

Posted:

PESHAWAR - Angka kematian akibat banjir sepanjang tiga hari di Pakistan mencecah sekurang-kurang 430 orang semalam setelah hujan lebat menyebabkan air sungai melimpah, kampung-kampung ditenggelami air dan mencetuskan tanah runtuh.

Kos kahwin anak Clinton RM9.54j

Posted:

RHINEBECK, New York - Kos perkahwinan Chelsea Clinton berumur 30 tahun yang merupakan anak bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton di sebuah hartanah peribadi di New York hari ini dianggarkan mencecah lebih AS$3 juta (RM9.54 juta).

Isteri Raul sokong suami diusir balik

Posted:

JAKARTA - Isteri ahli perniagaan Raul Lemos dari Timor Leste, Sechah Salem Sagram menyambut baik desakan sebuah badan bebas tempatan yang mahu pihak berkuasa imigresen Indonesia menghantar pulang suaminya balik ke Timor Leste kerana bercium dengan penyanyi Krisdayanti di sebuah restoran, lapor sebuah akhbar semalam.

Misteri wajah manusia di planet Marikh terlerai

Posted:

HOUSTON - Sekeping gambar yang menunjukkan wajah manusia di permukaan planet Marikh yang dirakamkan kapal angkasa Viking 1 Amerika Syarikat (AS) pada Julai 1976 lalu sebenarnya sebuah bukit berbatu besar di tengah padang pasir, lapor sebuah akhbar semalam.

Sembang lucah di iPhone 4

Posted:

NEW YORK - Orang ramai kini boleh bersembang lucah secara langsung menerusi panggilan video iPhone 4 keluaran Apple Inc., di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Gigi palsu Churchill dilelong RM75,249

Posted:

LONDON - Satu set gigi palsu yang pernah dipakai oleh bekas Perdana Menteri paling popular Britain, Sir Winston Churchill (gambar) dilelong kelmarin pada harga £15,200 (RM75,249) tiga kali lebih tinggi daripada nilai tawaran bidaan asal.

London lancar skim sewa basikal

Posted:

LONDON - Dewan bandar raya London telah mengikut langkah Paris dan Shanghai dengan melancarkan skim pinjaman basikal semalam sebagai sasaran untuk menjadikan pengangkutan negara itu lebih mesra alam menjelang Olimpik 2012.

Kapal selam guna kuasa kayuhan

Posted:

NICE - Satu pasukan jurutera Perancis diketuai Stephane Rousson menguji sebuah kapal selam mini sepanjang 3.5 meter yang menggunakan kuasa kayuhan seperti basikal dan boleh menyelam pada kedalaman enam meter.

0 ulasan:

Catat Ulasan