Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Tujuh penculik masuk jerat

Posted:

KUALA LUMPUR - Tindakan sekumpulan lelaki yang menculik seorang ahli perniagaan sebelum meminta wang tebusan sebanyak RM5 juta pada pertengahan Jun lalu bagai menjerat diri apabila tujuh daripada penculik itu berjaya diberkas polis.

Fasha terima lamaran cinta Rizal

Posted:

KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

'Pertemuan yang menghampakan'

Posted:

KANGAR - Pergi dengan harapan, balik dengan penuh kehampaan.

Saman RM2.7 bilion gagal dikutip

Posted:

KUALA LUMPUR - Kira-kira RM2.7 bilion daripada 16.5 juta saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri.

Pejalan kaki maut dilanggar artis

Posted:

KUALA LUMPUR - Seorang wanita Myanmar maut dirempuh kenderaan dipandu seorang penggiat teater dan pelakon drama, Juhara Ayob berhampiran Pasar Borong Selayang dekat sini semalam.

Plaintif mohon pinda tuntutan lafaz cerai

Posted:

KOTA BHARU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menangguhkan perbicaraan pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra terhadap isteri baginda, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, 31, selepas plaintif membuat permohonan pindaan penyata tuntutan berhubung lafaz cerai tersebut.

Balu dapat ganti rugi RM1.4 juta

Posted:

KUALA LUMPUR - Seorang balu berjaya mendapat ganti rugi RM1.4 juta setelah Mahkamah Tinggi di sini semalam mendapati berlaku kecuaian pihak polis apabila suaminya yang disyaki penagih dadah mati ketika dalam tahanan lokap Balai Polis Rawang 11 tahun lalu.

Kontraktor baiki Stadium SMZA diumum minggu depan

Posted:

KUALA LUMPUR - Kontraktor baru untuk kerja pembersihan dan pengalihan struktur runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA), Kuala Terengganu akan dilantik dan diumumkan minggu hadapan.

Empat tahun 'tolong' penyeludup gula

Posted:

TUMPAT - Sekali pandang, sebuah premis yang menjual gula secara borong di Pasir Pekan, Wakaf Bharu di sini beroperasi secara sah namun rahsianya terbongkar semalam.

Berjaya Retail disenarai di Bursa Malaysia

Posted:

KUALA LUMPUR - Berjaya Retail Bhd. (B-Retail) bakal melabur RM25 juta untuk membuka sekurang-kurangnya 100 buah kedai serbaneka 7-Eleven milik 7-Eleven Malaysia Sdn. Bhd. pada tahun ini.

Focus Point mahu tambah cawangan

Posted:

KUALA LUMPUR - Focus Point Holdings Berhad (Focus Point) bercadang untuk menambah 56 cawangan baru pusat penjagaan mata profesional.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Brazil, Argentina pilihan

Posted:

PIALA Dunia 2010 di Afrika Selatan baru melangkah ke pusingan suku akhir.Namun, sudah ramai yang membuat ramalan bahawa Brazil akan menentang Argentina pada perlawanan akhir 12 Julai ini.

Villa julang Sepanyol

Posted:

CAPE TOWN - David Villa dijulang sebagai wira apabila menjaringkan gol tunggal Sepanyol pada aksi menentang Portugal awal pagi semalam.

Ronaldo kecewa

Posted:

LISBON - Hati kapten Portugal, Cristiano Ronaldo benar-benar sudah terluka.Semuanya gara-gara kekalahan 0-1 Portugal kepada Sepanyol pada pusi- ngan kedua Piala Dunia 2010 di Stadium Cape Town awal pagi semalam.

Okada masih bangga prestasi Samurai Biru

Posted:

PRETORIA - Jurulatih Jepun, Takeshi Okada percaya beliau telah menjalankan tugas dengan baik pada kempen Piala Dunia di Afrika Selatan tahun ini.

Dunga pasang perangkap jerat langkah

Posted:

JOHANNESBURG - Dunga percaya percaturannya membariskan tonggak berpengalaman serta pemain yang memiliki skil individu tinggi mampu menjadi senjata utama Brazil untuk menumbangkan Belanda pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010 awal pagi esok.

Cerita dari Afrika Selatan

Posted:

JOHANNESBURG - Kejutan, keajaiban serta tenggelamnya prestasi pemain bintang, semuanya disajikan pada pusingan akhir Piala Dunia 2010.

Sultan tentukan nasib Azraai

Posted:

NASIB jurulatih Harimau Muda A, Mohd. Azraai Khor Abdullah yang digantung tugas sejak seminggu lalu hanya akan diputuskan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dalam masa terdekat.

'Jangan abaikan musim 2010'

Posted:

LONDON - Pemandu Mercedes GP, Nico Rosberg mendesak pasukannya tidak terus mengabaikan kempen perlumbaan Formula Satu (F1) musim 2010.
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Sukar temui mangsa tanah runtuh

Posted:

BEIJING - Kira-kira 600 anggota pasukan penyelamat semalam berdepan situasi sukar untuk mengeluarkan 107 mangsa yang tertimbus dalam satu kejadian tanah runtuh di kampung Dazhai di wilayah Guizhou.

AS tangkap perisik seksi Rusia

Posted:

WASHINGTON - Seorang wanita seksi berambut merah dan empat pasangan suami isteri merupakan antara 10 suspek yang ditangkap Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) kerana menjadi pengintip Rusia di Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Cut Tari beri keterangan kepada polis isu klip lucah

Posted:

JAKARTA - Pengacara terkenal, Cut Tari bertindak mendiamkan diri apabila pihak media mengajukan soalan mengenai sesi soal siasat yang berlangsung selama 10 jam di sebuah pejabat polis di sini berhubung rakaman lucah yang melibatkan individu miripnya dan Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pemain England disindir akhbar tempatan

Posted:

LONDON - Pemain-pemain England tiba di Lapangan Terbang Heathrow di sini sejurus sebuah pesawat mendarat kira-kira pukul 6 pagi semalam.

Pewaris McDonald's kena rompak, teruk dipukul

Posted:

MARSEILLE - Seorang pewaris empayar restoran makanan segera popular Amerika Syarikat (AS), McDonald's, Geoffrey McDonald diserang dan dirompak di rumahnya di selatan Perancis minggu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebab siaran Piala Dunia lewat

Posted:

LONDON - Ketika perlawanan bola sepak Piala Dunia 2010 dari Afrika Selatan dan Kejohanan Tenis Wimbledon di sini menguasai televisyen di rumah, pejabat dan kedai makan, timbul persoalan kenapakah terdapat televisyen yang siaran secara langsung lebih awal daripada televisyen lain, lapor sebuah akhbar semalam.

AS tahu rahsia kokpit Boeing bermasalah

Posted:

WASHINGTON - Pihak Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) didakwa mengetahui sejak bertahun-tahun lalu mengenai masalah alat pemanas tingkap kokpit yang mudah terbakar dalam sebahagian pesawat Boeing.

Jalan lengang sebab Piala Dunia

Posted:

SAO PAULO - Tiada kesesakan berlaku di jalan raya di bandar raya ini semasa perlawanan bola sepak Piala Dunia antara Brazil dan Chile disiarkan menerusi televisyen kelmarin pada waktu tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Dilucut gelaran ratu kerana menipu

Posted:

TRURO - Ratu Cantik Cornwall, Laura Anness dilucutkan gelarannya selepas dia ditangkap kerana menipu mengenai umur sebenarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kenapa saya bunuh suami -Susan Falls

Posted:

SYDNEY - Seorang ibu, Susan Falls, 42, mengambil keputusan untuk menembak suaminya, Rodney yang suka mendera, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bawa peminat tidur di rumah

Posted:

MUNGKIN sebelum ini jarang kita dengar ada artis yang membawa peminat untuk tidur di rumah mereka kerana bagi artis jurang antara peminat harus dijaga.

Leona haramkan daging

Posted:

PARA krew dan pekerja untuk konsert jelajah Leona Lewis, Labyrinth dilaporkan berang dengan polisi penyanyi tersebut yang tidak membenarkan daging dibawa berdekatan dengannya. Impaknya, pihak krew dikatakan mengugut untuk berhenti daripada menjayakan konsert tersebut.

Cabaran WCOPA 2010

Posted:

MENGEMBANGKAN bakat ke luar negara sememangnya menjadi impian setiap karyawan seni. Apatah lagi dengan menyertai pertandingan di peringkat antarabangsa di Hollywood yang akan mengiktiraf bakat dan mengubah nasib mereka untuk menjadi lebih terkenal.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


70 penghuni RTK dihalau

Posted:

KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.

MB terkejut melihat Azira

Posted:

KANGAR - Terkejut setelah melihat sendiri kecacatan pada wajah ibu muda, Azira Azizan, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu mengarahkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) segera merawat pesakit berkenaan supaya segera pulih.

Bekas Pengerusi Pos jumpa PAC

Posted:

KUALA LUMPUR - Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd., Tan Sri Adam Kadir (gambar) memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.

Hutang nyaris ragut nyawa

Posted:

JOHOR BAHRU - Kejadian terjatuh bangunan ekoran putus cinta atau kecewa dengan hidup biasa didengar tetapi semalam lain pula ceritanya di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini.

Penjenayah Vietnam mewah diberkas

Posted:

BATU PAHAT - Tindakan polis menahan seorang penjenayah warga Vietnam membongkar satu rahsia apabila dia disyaki terlibat banyak kes pecah premis dan curi sejak tiga bulan lalu hingga mampu mengirim wang RM10,000 setiap bulan ke kampungnya.

Dua wanita ditahan

Posted:

RAWANG - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki dapat menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini semalam.

MB kecewa stadium belum dibaiki

Posted:

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meluahkan rasa malu dan kecewa dengan keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang rosak akibat bumbung runtuh lebih setahun lalu masih belum lagi diperbaiki.

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun arsenik

Posted:

PUTRAJAYA - Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang pada 31 Mei lalu mendakwa sebahagian mereka diracun dengan arsenik yang dimasukkan dalam makanan sepanjang penahanan itu.

Remaja ugut bunuh diri

Posted:

KUANTAN - Gara-gara cinta, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai tergamak lari dari rumah dan meninggalkan keluarga demi mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai 'Man'.

Dipenjara 14 hari kerana 'duit kopi' RM100

Posted:

KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'duit kopi' RM100, seorang jurujual dihukum penjara 14 hari serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Penerbangan terus MAS ke Muscat

Posted:

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia yang mahu melancong ke ibu negara Kesultanan Oman, iaitu Muscat dengan menaiki pesawat tanpa henti kini boleh berbuat demikian menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Harapan Asia musnah

Posted:

PRETORIA – Hajat besar gergasi Asia, Jepun pada Piala Dunia 2010, musnah. Semalam, mereka disingkirkan oleh Paraguay 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan hingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Loftus Versfeld itu.

'Pemain Brazil semakin yakin'

Posted:

JOHANNESBURG - "Keyakinan pemain semakin terserlah dalam setiap perlawanan."

Dunga congak rentak baru

Posted:

JOHANNESBURG - Berbeza dengan penampilan mereka yang dilihat lebih menekankan corak permainan serta skil individu, Brazil mula mencari rentak baru dalam usaha memperkemaskan barisan skuad tersebut.

Slovakia masih boleh tersenyum

Posted:

DURBAN - Tiga peluang keemasan diper- sia-siakan serta pemain mudah hilang tumpuan membawa padah kepada Slova- kia meskipun pada satu ketika dilihat mampu mencipta kejutan.

Ramuan Maradona hadapi Jerman

Posted:

JOHANNESBURG - Jurulatih Argentina, Diego Maradona mahu mengajar England bagaimana cara untuk menjinakkan Jerman di Cape Town, Sabtu ini.

Capello atur pelan baru

Posted:

JOHANNESBURG – Meskipun telah tersingkir daripada saingan Piala Dunia 2010, jurulatih England, Fabio Capello tetap opti- mis mengenai peluang skuad kendaliannya itu untuk mencipta kejayaan pada masa akan datang.

Bos FIFA minta maaf

Posted:

JOHANNESBURG - Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter (gambar) telah meminta maaf kepada England dan Mexico yang menjadi mangsa kesilapan pengadil perlawanan sehingga menyebabkan keduadua negara itu tersingkir awal daripada saingan Piala Dunia 2010.

Federer garang

Posted:

LONDON - Bintang sensasi Switzerland, Roger Federer melenyapkan impian Jurgen Melzer untuk mara ke saingan suku akhir Kejohanan Tenis Wimbledon.

Bukan salah FIA - Horner

Posted:

LONDON - Ketua pasukan Red Bull, Christian Horner menafikan dakwaan Ferrari bahawa perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Eropah Ahad lalu telah dimanipulasi oleh Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).
Read more

Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Gembira dibebaskan dakwaan biayai pengganas

Posted:

JAKARTA - Sebuah mahkamah Indonesia semalam membebaskan seorang lelaki Arab Saudi, Al Khelaiw Ali Abdullah yang didakwa terbabit membiayai dua serangan bom pengganas di dua buah hotel mewah di sini tahun pada lalu.

Jet Israel dilarang terbang di Turki

Posted:

ANKARA - Turki menutup ruang udaranya daripada digunakan sejumlah pesawat tentera Israel, laporan agensi berita Anatolia semalam.

Peminat kecam England kalah

Posted:

LONDON - Pasukan bola sepak England dikecam hebat kelmarin setelah dibelasah Jerman 4-1 dalam pusingan kalah mati yang menyaksikan mereka pulang awal dari Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pekerja tren Madrid mogok tiga hari

Posted:

MADRID - Para pekerja tren bawah tanah di Madrid semalam mengadakan mogok selama tiga hari untuk memprotes tindakan pemotongan gaji yang dikenakan oleh kerajaan Sepanyol sebagai sebahagian daripada usahanya mengurangkan bajet defisit.

Luna Maya-Ariel berpelukan

Posted:

JAKARTA - Pengacara terkenal, Luna Maya berpelukan dengan kekasihnya, Ariel Peterpan di sebuah pejabat polis selepas mereka berpisah selama enam hari, lapor sebuah akhbar semalam.

Makan setiap 15 minit tapi masih kurus

Posted:

AUSTIN - Seorang gadis yang menjadi pelajar sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS), Lizzie Velasquez makan 60 kali sehari tetapi memiliki berat badan seperti kanak-kanak berusia lapan tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Gadis 21 tahun jadi doktor

Posted:

LONDON - Rachael Faye Hill yang baru berusia 21 tahun mencipta sejarah apabila dia menjadi doktor paling muda di Britain selepas memperoleh ijazah sarjana muda bidang perubatan daripada Universiti Manchester pada 14 Julai depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Misteri objek bulatan di ladang gandum

Posted:

LONDON - Hampir 200 bulatan objek misteri ditemui di sebuah ladang gandum terbaru tidak jauh dari Warminster, Wiltshire di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Sindir gol England di Internet

Posted:

LONDON - Terdapat pihak yang menyindir dan mempersendakan kemenangan Jerman di Internet ekoran gol kontroversi Frank Lampard yang dinafikan pengadil dari Uruguay, Jorge Larrionda, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak 13 tahun sehebat Spiderman

Posted:

CAMBRIDGE - Impian seorang budak lelaki untuk menjadi hebat seperti wira pujaannya, Spiderman tercapai setelah dia mencipta sejenis alat yang dapat membantunya memanjat dinding, lapor sebuah akhbar semalam.
Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Gula The Fabulous Cats

Posted:

MEREKA akrab ibarat adik-beradik. Perbezaan tanah kelahiran langsung tidak menjejaskan hubungan antara dua 'bunga' dari grup The Fabulous Cats, Zizi atau NorFazilah @ Zizie Md. Tahir dan Wangi Julianda.

Siriphun dihukum karma

Posted:

BAYANGKAN seorang kolumnis majalah fesyen yang glamor tetapi hidup dalam serba kecelaruan. Dia menghidap insomnia, terlalu kuat berfikir, tidak boleh tidur bersendirian, murung dan hidup dalam dunianya sendiri serta yang paling malang, hidupnya dihantui ketakutan terhadap hantu.

Laman web Atilia popular

Posted:

MENTERJEMAH album Indah di mata, hati dan telinganya, bukan perkara sukar buat Raja Putri Atilia Raja Haron atau lebih dikenali sebagai Atilia. Naskhah kedua itu selepas menghadirkan Sangkar pada tahun 2008, punya signifikan tersendiri sehinggakan ia tidak mampu terluah dengan kata.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Suspek kes dera ditahan

Posted:

GEMAS - Polis menahan seorang remaja berusia 17 tahun bagi membantu siasatan berhubung penderaan seksual dan fizikal ke atas kanak-kanak di sebuah rumah kebajikan di Taman Sungai Gemas, Sungai Gemas dekat Tampin di sini semalam.

Vanessa nafi bercinta dengan Ariel Peterpan

Posted:

KUALA LUMPUR - "Gosip ini sangat melucukan." Demikian luah pengacara dan pelakon jelita, Vanessa Chong, 31, berhubung khabar angin bahawa beliau pernah menjalin hubungan cinta dengan vokalis Peterpan, Ariel yang kini dalam siasatan pihak berkuasa Indonesia ekoran skandal video seks melibatkan dirinya dengan dua wanita mirip dua bintang jelita Indonesia, Cut Tari dan Luna Maya.

Peluang pekerja miskin sambung belajar di UiTM

Posted:

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka peluang kepada golongan pekerja Melayu dan bumiputera yang berhasrat menyambung pengajian namun kurang berkemampuan untuk mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) dan luar kampus pada tahun ini.

Kaki buli MTD disingkir

Posted:

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (MTD) yang disyaki terlibat mengakibatkan kematian Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, dipercayai dibuli dan didera di maktab itu Rabu lalu, disingkir serta-merta daripada pengajiannya.

Setia melampau undang padah

Posted:

AMPANG JAYA - Malang berganda menimpa seorang lelaki Argentina apabila bukan sahaja ditahan kerana pecah rumah malah teman wanitanya turut menerima nasib sama apabila cuba merasuah polis bagi membebaskannya kelmarin.

9 bersaudara dihukum penjara

Posted:

SHAH ALAM – Sembilan bersaudara termasuk empat adik-beradik dijatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga sembilan tahun enam bulan di Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pemilik restoran warga India tiga tahun lalu.

Sultan pertama pandu kereta api secara rasmi

Posted:

GEMAS - "Terima kasih cikgu" Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kepada Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Dr. Aminuddin Adnan sebaik menerima Lesen Kelas 26 di Stesen Gemas di sini semalam.

Awan berbentuk jenazah

Posted:

KOTA BHARU - Dua anggota tentera di sini terkejut apabila terlihat kepulan awan yang berbentuk seperti jenazah yang dikafan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra awal pagi semalam.

PruBSN-Affin Islamic jalin kerjasama

Posted:

KUALA LUMPUR - Dalam usaha untuk mengembangkan capaian pasaran Prudential BSN Takaful Bhd. (PruBSN), satu memorandum perjanjian persefahaman (MoU) telah ditandatangani bersama Affin Islamic Bank Bhd. (Affin Islamic).

Sukimi sasar jual 3 juta liter minyak pelincir

Posted:

KOTA BHARU - Syarikat pengeluar minyak pelincir, Sukimi Lube (M) Sdn. Bhd. (Sukimi) menyasarkan pengeluaran minyak pelincir sebanyak tiga juta liter dengan hasil jualan mencecah RM24 juta pada tahun ini.
Read more

Kosmo Online - Sukan

Kosmo Online - Sukan


Dipatuk ‘ayam Belanda’

Posted:

DURBAN – Jaringan Arjen Robben dan Wesley Sneijder pada setiap babak membawa Belanda ke pusingan suku akhir Piala Dunia 2010 setelah menjinakkan Slovakia 2-1 pada aksi pusingan kedua malam tadi.

'Kami tidak gentar'

Posted:

MAGALIESBERG - Portugal tidak ada perasaan gentar berdepan Sepanyol pada perlawanan peringkat kalah mati Piala Dunia 2010 awal pagi esok.

Jepun meniti gemilang

Posted:

PRETORIA - Jepun berpeluang untuk mencipta sejarah selaku pasukan Asia pertama menewaskan pasukan dari benua Amerika Selatan sepanjang saingan kempen Piala Dunia 2010.

Misi terakhir Santa Cruz di Piala Dunia

Posted:

JOHANNESBURG - Penyerang Paraguay, Roque Santa Cruz berharap tuah memihak kepada pasukannya pada percubaan kali ketiga di pusingan kalah mati Piala Dunia apabila berdepan Jepun di Pretoria malam ini.

Satu Asia akan sokong Jepun

Posted:

PRETORIA - Jepun menerima suntikan moral menjelang pertembungan dengan Paraguay pada pusingan kedua Piala Dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld di sini malam ini.

Peminat lepas geram

Posted:

JOHANNESBURG - Pengadil buta, bodoh dan bermacam-macam lagi cacian dilemparkan kepada pegawai perlawanan antara England dengan Jerman kelmarin.

Messi terus gagal gegar gawang

Posted:

JOHANNESBURG - Lionel Messi masih gagal menjaringkan gol pada pusingan akhir Piala Dunia 2010 walaupun telah beraksi dalam empat perlawanan.

England tak hormati kami - Lahm

Posted:

JOHANNESBURG - Philip Lahm menjelaskan bahawa England terpaksa pulang lebih awal daripada kempen Piala Dunia di Afrika Sela- tan kerana mereka tidak menghormati Jerman.

kembali lagi

Posted:

BERITA baik bagi peminat futsal di seluruh selatan tanah air. Sempena demam Piala Dunia dan musim baru Liga Perdana England yang akan bermula Ogos depan, Intranet Profile dengan kerjasama akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! sekali lagi bakal menganjurkan Kejoha- nan Futsal EPLx Football Fever 2010 dengan Johor menjadi destinasi terbaru bagi karnival futsal terhebat di negara ini.

Cabaran sengit di Terengganu

Posted:

CABARAN lebih sengit menanti pelumba-pelumba di pusingan kelima Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Kuala Terengganu bermula 9 hingga 10 Julai ini.
Read more