Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Piala Dunia jadi penawar trauma mangsa gempa Haiti

Posted:

PORT-AU-PRINCE - Pihak berkuasa Haiti kelmarin mula menjadikan demam Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan selama sebulan sebagai terapi untuk memulihkan semangat rakyatnya daripada pengalaman ngeri gempa bumi awal tahun ini.

20 maut banjir kilat di tapak perkhemahan

Posted:

HOUSTON - Sekurang-kurangnya 20 orang termasuk kanak-kanak dikhuatiri terbunuh manakala 36 lagi masih hilang apabila banjir kilat melanda sebuah tapak perkhemahan popular dekat sini kelmarin.

6,600 seberang masuk Gaza melalui Rafah

Posted:

KAHERAH - Pihak berkuasa Mesir menganggarkan lebih 6,600 rakyat Palestin telah menyeberangi sempadan darat negara itu untuk ke wilayah Gaza menerusi lintasan Rafah sejak dibuka semula 1 Jun lalu, lapor akhbar Arab News semalam.

Manja

Posted:

Seekor anak koala yang belum diberi nama duduk sambil memegang anak patung koala di sebuah zoo di bandar Duisburg, Jerman semalam. Ia hanya seberat 528 gram dan baru berusia 215 hari kemudian dipelihara sendiri oleh ibunya bernama Goonderrah yang dibawa khas dari Australia tahun lalu.

Bantah

Posted:

Beberapa orang badut membuat demonstrasi di ibu negara El Salvador, San Salvador kelmarin sebagai tanda protes ekoran siri jenayah oleh dua lelaki tempatan. Suspek dipercayai menyamar dengan berpakaian badut didakwa membunuh dan menyamun penumpang bas di negara Amerika Tengah itu baru-baru ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan