KongsiBlog.Com

KongsiBlog.Com


Selamat Menyambut Maulidur Rasul-12 Rabiulawwal 1433

Posted: 04 Feb 2012 06:56 AM PST

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.Dikesempatan ini saya ingin mengucap Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1433.Rasul adalah pemimpin umat Islam yang tiada tolok tandingnya. Marilah kita berpegang kepada Sunnah & ajarannya. ‘Rasulullah adalah manusia, tetapi bukan seperti manusia’ MUHAMMAD SAW adalah seorang insan terpilih daripada kalangan Bani Hashim untuk menyampaikan risalah rabbaniah kepada umat manusia. Dilahirkan daripada sulbi [...]


Read more

KongsiBlog.Com

KongsiBlog.Com


Hafiz AF Juara Anugerah Juara Lagu Ke 26 ( AJL 26 )

Posted: 29 Jan 2012 04:21 PM PST

Keputusan Anugerah Juara Lagu ke 26 TV3, tahniah kepada Awan Nano nyanyian Hafiz dinobatkan sebagai Juara AJL ke 26. Juara: Trofi dan wang tunai RM35,000 Awan Nano oleh Hafiz: M.Nasir / Budi Hekayat Naib Juara: Trofi dan wang tunai RM15,000 Beribu Sesalan oleh: Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah: Kevin Chin/Tinta Tempat Ketiga: Trofi dan wang tunai [...]


Read more

KongsiBlog.Com

KongsiBlog.Com


Simpan Emas dan Perak Lambat Kaya

Posted: 17 Jan 2012 03:21 AM PST

Sekarang semakin ramai jadikan emas dan perak sebagai simpanan dan pelaburan tapi masih ramai yang belum sedangkan sudah terbukti simpanan emas dan perak menguntungkan.Apa pun tahniah kepada mereka yang sudah mula manakala yang belum mula boleh mula dari sekarang.Dalam Berita Harian Online hari ini , ada keluar satu berita mengatakan harga emas pada tahun 2020 [...]


Read more

KongsiBlog.Com

KongsiBlog.Com


Buat Duit Melalui Jual Beli Domain Name

Posted: 15 Jan 2012 07:17 AM PST

Assalamualaikum semua sahabat…..Bulan lepas saya menemui satu lagi cabang jana duit melalui internet.Mungkin perniagaan ini masih baru dikalangan kita namun perniagaan ini sudah lama wujud.Apakah nama domain ? Secara mudahnya, nama domain atau dalam bahasa Inggerisnya "Domain Name" ialah alamat laman web yang anda taip apabila ingin mengakses sesebuah laman web. Sebagai contoh anda ingin [...]


Read more

KongsiBlog.Com

KongsiBlog.Com


Mula Kembali Mengikut Pengurusan Yang Betul

Posted: 29 Nov 2011 12:12 AM PST

KESILAPAN adalah satu proses sebelum menemui KEJAYAAN , itulah fakta yang wajib saya akui.Sudah hampir 10 tahun saya menceburi dunia komputer & internet.Dalam 10 tahun juga saya menemui kegagalan dan kejayaan.Kegagalan yang paling teruk saya hadapi datangnya dari sendiri iaitu … Continue reading


Read more

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Hubungan kami diterima Nor Asidah – Zizie

Posted:

PELAKON jelita Zizie Ezzete yang mengahwini Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin pada 16 Disember tahun lalu, sekali gus menjadi isteri kedua ahli politik itu menafikan khabar angin kononnya dia kini merupakan satu-satunya isteri Bung, manakala isteri pertama Bung, Nor Asidah Alimuddin telah diceraikan sekitar sebulan lalu.

Adam Levine enggan tua

Posted:

ADAM LEVINE berikrar enggan lagi menyanyi lagu yang berkaitan wanita. Vokalis Maroon 5 itu mengakui adalah sesuatu yang mengarut apabila sebelum ini banyak lagu, klip video dan kulit luar album kumpulan itu menggunakan model wanita sebagai daya tarikan.

Kelainan Battleground 2010

Posted:

SEBANYAK 18 kru tarian jalanan Battleground telah terpilih menerusi sesi uji bakat yang diadakan pada 28 Ogos lalu.
Read more

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Doktor puas hati kesihatan Dr. M

Posted:

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia, tempat beliau dirawat sejak Sabtu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan.

Tiada anugerah cemerlang untuk si perokok

Posted:

ALOR SETAR – Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang.

‘Kami raja Kuala Lumpur’

Posted:

KUALA LUMPUR – 'Kami raja di segi tiga emas, KL ini.' Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki 'sumbang'.

Pastikan lebih 1,000 ahli Pemuda UMNO mengundi

Posted:

PARIT - Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih 1,000 ahlinya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti.

Majistret rasuah dijel

Posted:

KOTA BHARU – Seorang majistret muda dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM40,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan mengambil rasuah pada Oktober tahun lalu.

Pegawai Imigresen dicekup rasuah

Posted:

SEREMBAN – Tiga termasuk dua pegawai Imigresen Jeti Port Dickson dekat sini ditahan kerana dipercayai menerima suapan daripada pengendali setiap feri yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini.

Polis ambil keterangan Jayanthy

Posted:

SHAH ALAM – Polis telah memanggil S. Jayanthy, isteri ahli perniagaan, S. Anpalagan yang dilaporkan hilang lebih setahun lalu bagi mendapatkan keterangan berhubung maklumat terbaru yang didedahkannya kepada media dalam satu sidang akhbar di Kapar dekat sini kelmarin.

Gadis bisu dikhuatiri jadi pengemis

Posted:

KUALA KANGSAR – Kehilangan seorang gadis dari kalangan orang kurang upaya (OKU) Nor Yuniza Mohd. Yunus, 22, (gambar) lebih sebulan setengah lalu meresahkan keluarganya kerana dia dikhuatiri dipaksa menjadi pengemis.

Pembantu rumah selain Indonesia

Posted:

ROMPIN - Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu daripada negara-negara Asia lain.

Maut tangan tersepit mesin

Posted:

IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin.

Gimik iPhone 4 menjadi

Posted:

KUALA LUMPUR – Penantian rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar iPhone 4 keluaran Apple Inc. (Apple) telah menjadi kenyataan apabila ia mula ditawarkan secara rasmi di pasaran bermula 24 September lalu.
Read more