Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ditakluk Cinta Z

Posted:

"TIDAK-TIDAK, tidak boleh cerita lebih-lebih, nanti itu yang menjadi isu utama," pintas si jelitawan Sabah itu penuh canda kala perkhabaran bahagianya mahu dirisik.

Radhi mahu jaga anak!

Posted:

PENGISYTIHARAN perang mahkamah yang tercetus antara Radhi OAG, 33, dengan bekas isterinya, Shazlin Sharif, 32, bermula sejak 25 November 2008, berikutan permohonan pengesahan lafaz cerai difailkan oleh Shazlin.

Mimie jelajah pasar raya

Posted:

PERJALANAN awal gadis manis dengan nama Norsyamimi Ahmad Haris ini hampir serupa dengan langkah penyanyi lain. Mula memutikkan bakat sejak umur lima tahun, pendedahan terhadap koir sekolah dan pengalaman menyanyi pada Hari Keputeraan Sultan Kedah kira-kira 15 tahun lalu menjadi permulaan yang baik baginya. Menjadi penyanyi cilik, setiap pengalaman kecil-kecil disatukan untuk dibawa sebagai bekalan menghadap dunia realiti hiburan kelak.

Pesona pendakap gigi

Posted:

SEMPAT bergelar siswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk setahun, namun rezeki Ahmad Shahir Zawani, 21, bukan untuk meneruskan jurusan kejuruteraan sebagai profesion kerjayanya. Berbekalkan suara dan bakat yang mampu digilap, dia melonjak sebagai juara undian SMS dalam tradisi Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) baru-baru ini.

Demam bola, bola, bola!

Posted:

TIGA vokalis kumpulan terkenal ini teruja sewaktu dihubungi untuk sesi fotografi. Hadir dengan baju menandakan sokongan terhadap pasukan yang bertanding di Piala Dunia tahun ini, Tam, Andy serta Neves mempunyai pasukan pilihan tersendiri.

Bedah siri intimasi 'Ariel Peterporn'

Posted:

SEHINGGA saat ini, Ariel vokalis Peterpan masih bungkam. Tidak menelurkan kata-kata sahih walhal seluruh Indonesia sedang menyebut namanya. Panas tiba-tiba setelah lama suam, terakhir dia dan ahli kumpulannya muncul dengan album Hari Yang Cerah. Judul album yang kini sangat ironi dengan keadaan dirinya masa kini.

Kegilaan DT diteruskan

Posted:

USAI demam Konsert Double Trauble menjengah Bukit Kiara, Kuala Lumpur 1 Mei lalu, suhu kepanasan itu dibawa terus. Sekitar 15,000 penonton di selatan tanah air umumnya membanjiri Stadium Larkin, Johor Bahru pada tanggal 5 Jun lalu dengan harapan turut mendapatkan kemeriahan serupa.

Duit membahagiakan Jessica Alba

Posted:

WANITA cantik ini membuat pengakuan bahawa wang ringgit yang berlimpahan mampu membahagiakan dirinya. Faktor masa lalu yang dijalani dengan sedikit kesukaran membuatkan Jessica Alba mempunyai sedikit dendam dalam hatinya. Setelah berhasil mencapai sukses sebagai pelakon dan model, Jessica berasa aman dengan wang yang datang mengalir dalam hidupnya.

Bikini popularkan Katrina Kaif

Posted:

BAK kata pepatah, hidup ini umpama roda. Kini jelas sekali roda kehidupan pelakon cantik Katrina Kaif sedang berada di atas.

Tembusan Mata Ian

Posted:

MATANYA mampu membunuh. Ya, pandangan daripada kelopak redup dan bebola mata yang berwarna hijau itu seakan dapat menembus jauh. Ian Somelhalder, nama jejaka si pemilik mata nan redup itu. Dia juga adalah pemegang karakter Damon Salvatore, puntianak lelaki yang penuh dengan warna gelap dan mengucar-ngacirkan suasana dalam siri The Vampire Diaries yang kini disiarkan menerusi saluran 8TV setiap Selasa pada pukul 9.30 malam.

Sinar menunggu Bob

Posted:

VOKAL lelaki kelahiran Limbang, Sarawak ini tidak pernah mengecewakan. Bob atau nama sebenar Yusrizan Usop berdiri atas faktor itu yang kuat. Namun atas realiti yang dihadapinya, namanya kadangkala timbul dan kadangkala tenggelam. Tidak sekuat vokal yang dilontarkan yang mampu membuatkan umum berbuah kagum mendengar.

0 ulasan:

Catat Ulasan