Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Aktres lucah tuntut Woods buat ujian genetik

Posted:

MIAMI - Seorang aktres lucah, Devon James kelmarin memfailkan tuntutan undang-undang di sebuah mahkamah di sini bagi meminta bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods menjalani ujian genetik untuk mengesahkan dia ialah bapa kepada seorang anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

PM Britain, Presiden Perancis sempat bincang pasal bola

Posted:

LONDON - Nasib England dalam Piala Dunia 2010 dan kekecewaan Perancis yang tewas 0-2 kepada Mexico turut menjadi topik perbualan ketika pertemuan singkat antara pemimpin Britain dan Perancis di sini semalam.

Polis minta Ariel-Luna Maya mengaku

Posted:

JAKARTA - Polis meminta agar pasangan Nazriel Irham alias Ariel Peter Pan dan pengacara terkenal di Indonesia, Luna Maya segera berterus terang dan mengaku kepada polis berhubung penglibatan mereka dalam video seks yang kini tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Ribuan bantah larang bertudung di Kosovo

Posted:

PRISTINA - Ribuan penduduk Kosovo berketurunan Albania berhimpun di sini semalam bagi membantah tindakan kerajaan negara rantau Balkan itu yang mengharamkan pemakaian tudung di kalangan pelajar Muslim di dalam sekolah.

Robot jadi pekerja hospital

Posted:

GLASGOW, Scotland - Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) Britain buat kali pertama mula menggunakan robot berteknologi canggih untuk melaksanakan pelbagai tugas di hospital awam di negara itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelajar cipta terusan dalam kolej

Posted:

CAMBRIDGE - Sekumpulan pelajar Kolej Sidney Sussex Universiti Cambrige mengambil masa seminggu untuk mencipta terusan sepanjang 200 meter yang menggunakan 333,116 liter air bagi membolehkan mereka berdayung perahu, lapor sebuah akhbar semalam.

Senaman yoga di tengah jalan

Posted:

GUANGZHOU, China - Seorang lelaki di sini membuat senaman yoga di tengah-tengah sebatang jalan raya yang sibuk di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Tiga pondan diberkas curi wang

Posted:

PATTAYA - Beberapa penduduk tempatan menangkap tiga pondan yang telah menyeluk saku seorang rakyat Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ditangkap polis kerana bogel di pantai

Posted:

NEWPORT, England - Sepasang kekasih ditangkap oleh enam anggota polis kerana berbogel dan berasmara di hadapan sejumlah ibu bapa di tepi pantai peranginan Sandown, Isle of Wight, lapor sebuah akhbar semalam.

Budak setahun mati dalam kereta

Posted:

KINGSVILLE, Amerika Syarikat - Polis menyatakan seorang kanak-kanak perempuan berumur setahun mati selepas dia dibiarkan bersendirian di dalam sebuah kereta di selatan Texas selama 45 minit.

0 ulasan:

Catat Ulasan