Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Ketagih pakai seluar dalam wanita

Posted:

KUALA TERENGGANU - Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.

Enam sekeluarga korban nahas

Posted:

PEKAN - Kegembiraan seorang wanita membawa empat anak dan seorang adik lelakinya menaiki kereta Proton Iswara yang baru dibeli bertukar tragedi apabila kesemua mereka maut selepas kenderaan itu bertembung dengan sebuah treler membawa muatan papan kelmarin.

Maut selepas lemas dalam van

Posted:

BANGI - Selepas empat hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang dekat sini, seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang koma selepas terperangkap dalam sebuah van selama lima jam akhirnya meninggal dunia semalam.

Radhi menyanyi selepas bercerai

Posted:

PETALING JAYA - Setelah hampir dua tahun naik turun Mahkamah Rendah Syariah di sini, kemelut perkahwinan vokalis kumpulan OAG, Radhi dengan Shazlin Shariff akhirnya terlerai juga dengan perceraian talak satu petang semalam.

Kembara haji dengan bas

Posted:

KUALA LUMPUR – Sebelum ini ada pihak menggunakan motosikal berkuasa tinggi untuk ke Mekah menerusi program Ekspedisi 1Malaysia Kembara ke Bumi Suci 2010. Kini kira-kira 100 peserta pula akan menggunakan bas untuk ke tanah suci bagi mengerjakan haji.

Doktor klinik swasta ditahan

Posted:

SHAH ALAM - Dua lelaki termasuk seorang doktor swasta yang menjalankan kerja-kerja memproses ubat batuk ditahan dalam serbuan di dua lokasi berasingan di Taman Sungai Kapar, Klang dekat sini pada pukul 12.30 malam Sabtu lalu.

Liberalkan AP barang kawalan

Posted:

KUALA LUMPUR - Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menggesa kerajaan meliberalisasikan sistem permit import (AP) bagi barang kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak berasaskan kelapa sawit.

Gaji doktor, amalan kongsi keuntungan punca caj mahal

Posted:

KUALA LUMPUR - Gaji doktor yang lumayan dan kos peralatan moden sekarang antara faktor caj-caj hospital swasta di negara ini dilihat semakin tinggi.

PM sokong NGO teruskan misi kemanusiaan Gaza

Posted:

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tetap akan menyokong program dan usaha badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk meneruskan penghantaran misi bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kaki GRO terseliuh, cedera terpijak kaca

Posted:

KOTA BHARU - Tindakan dua pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga Thailand yang cuba melarikan diri ketika diserbu mengundang padah apabila kaki masing-masing cedera selepas terseliuh dan terpijak serpihan kaca semalam.

Proton tidak jual Lotus

Posted:

KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. semalam mengulangi bahawa anak syarikat milik penuhnya, Lotus Group International Ltd. bukan untuk dijual pada masa ini.

Telefon pintar Samsung Wave di pasaran minggu ini

Posted:

KUALA LUMPUR - Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd. (Samsung) akan melancarkan telefon pintar dengan sistem pengoperasian (OS) Bada yang pertama di negara ini pada hujung minggu ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan