Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Ratusan gading gajah bernilai RM3.84 juta dirampas

Posted:

BANGKOK - Jabatan Kastam Thailand semalam mendedahkan kejayaan merampas 117 gading gajah seberat 765 kilogram dan bernilai AS$1.2 juta (RM3.84 juta) di Lapangan Terbang Suvarnabhumi di sini pada Rabu lalu.

Jurutera bunyi didakwa curi video seks Ariel

Posted:

JAKARTA - Polis akan menangkap jurutera bunyi kumpulan Peterpan, RJ yang didakwa mencuri dan menyebarkan rakaman video seks penyanyi terkenal Indonesia, Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

Manohara nafi dia dalam gambar porno

Posted:

JAKARTA - Manohara Odelio Pinot (gambar) yang merupakan isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhamaad Fakhry enggan mencari penyebar gambar-gambar pornografinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bayi diculik tujuh tahun lalu ditemui

Posted:

LOS ANGELES - Seorang kanak-kanak perempuan Amerika Syarikat (AS), Amber Nicklas yang dilarikan tujuh tahun lalu, ditemui semula di rumah pasangan tukang tilik di Phoenix, Arizona pada Rabu lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Mahu derma sebahagian daripada kekayaan RM43 bilion

Posted:

SAN FRANCISCO - Pengasas bersama firma perisian gergasi Microsoft, Paul Allen, kelmarin berjanji akan menderma sebahagian besar daripada kekayaan beliau yang kini bernilai AS$13.5 bilion (RM43.2 bilion) untuk tujuan kebajikan.

Kiblat Indonesia arah Kenya, Somalia

Posted:

JAKARTA - Umat Islam di Indonesia semalam diberitahu Majlis Ulama Indonesia (MUI) bahawa selama ini mereka mengerjakan solat bukan menghadap Mekah tetapi ke arah Kenya dan Somalia.

Kaki robot untuk pesakit lumpuh

Posted:

WELLINGTON -Dua penyelidik New Zealand mencipta kaki robot pertama di dunia yang akan membantu manusia lumpuh berjalan semula.

Zoo Sepanyol mahu sotong Paul

Posted:

MADRID - Sebuah zoo di sini membuat tawaran untuk mendapatkan sotong selebriti Piala Dunia, Paul dari tempat tinggalnya di Akuarium Sea Life, Oberhausen, barat Jerman.

Bola final Piala Dunia dibida RM257,973

Posted:

LONDON - Bola yang digunakan pada perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan antara Sepanyol dan Belanda pada Isnin lalu menerima bidaan tinggi di laman eBay daripada harga asal £99 (RM490) kepada £52,100 (RM257,973), lapor sebuah akhbar semalam.

Jiran marah Mr. Bean mahu roboh rumah

Posted:

OXFORD - Pelakon komedi terkenal Britain, Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson, 55, menimbulkan kemarahan jiran-jirannya apabila dia berhasrat untuk merobohkan sebuah rumah lama di Ipsden di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan