Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Sotong Paul ramal bakal Presiden Rusia

Posted:

MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravda semalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.

67 maut taufan Conson membadai Filipina

Posted:

MANILA - Sekurang-kurangnya 67 penduduk Filipina disahkan maut manakala 87 lagi masih hilang akibat taufan Conson melanda utara negara itu Selasa lalu, kata jurucakap Majlis Penyelarasan Bencana Negara di sini semalam.

Amah China kena fasih Inggeris

Posted:

BEIJING - Kerajaan China membelanjakan 20 juta yuan (RM9.5 juta) menerusi sebuah projek khas bagi melatih 400,000 pembantu rumah di Beijing dengan pelbagai kemahiran termasuk fasih berbahasa Inggeris, lapor akhbar China Daily semalam.

Gay pertama kahwin di Argentina bulan depan

Posted:

BUENOS AIRES - Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.

Hilton ditahan bawa dadah dalam tas tangan

Posted:

PARIS - Polis Perancis semalam mengesahkan penahanan selebriti terkenal Amerika Syarikat, Paris Hilton (gambar) di pulau peranginan Corsica selepas menemui kurang satu gram dadah jenis kanabis di dalam tas tangan wanita itu kelmarin.

Pencuri didakwa bayar ikat jamin guna wang palsu

Posted:

NEW YORK - Seorang suspek kes kecurian di Cinnaminson, New Jersey ditahan polis Amerika Syarikat (AS) kelmarin selepas didapati cuba hendak menuntut baki wang ikat jamin yang dibayar sebanyak AS$200 (RM640) dengan menggunakan wang palsu.

0 ulasan:

Catat Ulasan