Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Kapal tangki rosak akibat ombak misteri

Posted:

MUSCAT - Sebuah kapal tangki minyak Jepun mengalami kerosakan kerana dibadai ombak misteri di Selat Hormuz, salah satu laluan perkapalan paling penting di dunia ketika kapal berkenaan dalam perjalanan ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE) semalam.

Nahas pesawat Pakistan ragut 152 nyawa

Posted:

ISLAMABAD - Sebuah pesawat yang membawa 152 penumpang termasuk enam krew terhempas semalam dan terbakar di celah dua buah bukit serta hutan tebal di luar Islamabad semasa hujan lebat dengan tahap pandangan yang terhad.

Wanita jelita Rusia ditangkap seludup senjata

Posted:

WASHINGTON - Seorang lagi wanita Rusia, Anna Fermanova ditangkap di Amerika Syarikat (AS) semasa dia cuba menyeludup komponen senjata ke dalam sebuah pesawat, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis akan serah kertas siasatan Ariel

Posted:

JAKARTA - Polis Indonesia akan menyerahkan beberapa kertas siasatan melibatkan dua pengacara terkenal, Luna Maya dan Cut Tari berhubung kes skandal video seks dengan penyanyi, Ariel Peterpan kepada pejabat Peguam Negara pada minggu ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Presiden Iran bidas pihak pergunakan Paul

Posted:

TEHERAN - Sotong yang popular kerana membuat ramalan perlawanan bola sepak Piala Dunia, Paul dikecam oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai simbol keruntuhan yang dikaitkan dengan negara-negara Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Sultan Brunei ada 7,000 kereta

Posted:

BANDAR SERI BEGAWAN - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memiliki koleksi kereta paling mewah dan terbesar di dunia, lapor GTSpirit.com semalam.

Lelaki misteri sering muncul di TV

Posted:

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Tamadun manusia musnah 2182?

Posted:

LONDON - Saintis-saintis memberi amaran bahawa ombak tsunami setinggi beberapa ribu meter mungkin memusnahkan tamadun manusia pada tahun 2182 kesan daripada hentaman sebuah asteroid gergasi, lapor sebuah akhbar semalam.

Koleksi negatif filem dibeli RM144 kini bernilai RM638 juta

Posted:

LOS ANGELES - Seorang pekerja pembinaan di California, Amerika Syarikat (AS), Rick Norsigian tidak menyangka koleksi 65 keping negatif filem yang dibeli sedekad lalu kini bernilai AS$200 juta (RM638 juta), lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan