Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Dokumen dedah AS laku jenayah perang

Posted:

LONDON - Pengasas agensi pemantau hak asasi manusia, WikiLeaks di Internet, Julian Assange semalam menyatakan, beliau percaya terdapat bukti jenayah perang dalam dokumen tentera Amerika Syarikat (AS) yang bocor berhubung perang di Afghanistan.

Dihukum penjara 30 tahun kerana bunuh 15,000 rakyat Kemboja

Posted:

PHNOM PENH - Dalam satu keputusan bersejarah, sebuah mahkamah yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjatuhi hukuman penjara 30 tahun ke atas seorang ketua penjara rejim Khmer Rouge kerana jenayah kemanusiaan berhubung pembunuhan beramai-ramai di Kemboja pada 1975-1979.

Anak Jolie pandai bergaya

Posted:

TOKYO - Empat anak selebriti Angelina Jolie dan Brad Pitt sudah pandai bergaya apabila mereka tiba di sini sempena tayangan perdana filem terbaru Jolie, Salt di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kes 'berlian darah' Naomi Campbell ditangguh

Posted:

THE HAGUE - Sebuah mahkamah jenayah perang semalam telah menangguhkan untuk mendengar keterangan supermodel, Naomi Campbell mengenai 'berlian darah' yang diterimanya daripada bekas Presiden Liberia Charles Taylor pada tahun 1997.

Perancis ikrar balas dendam

Posted:

PARIS - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam berikrar bahawa pihaknya menuntut bela berhubung pembunuhan seorang pekerja bantuan Perancis berusia 78 tahun yang diculik dan dibunuh di gurun Sahara oleh sayap kumpulan Al-Qaeda di Afrika Utara.

Bot botol plastik tiba di Sydney

Posted:

SYDNEY - Sebuah bot yang diperbuat daripada 12,500 botol plastik tiba di Pelabuhan Sydney semalam sekali gus menamatkan perjalanan merentasi Lautan Pasifik selepas belayar dari San Francisco, Amerika Syarikat (AS) pada 20 Mac lalu.

Lelaki dapat muka baru

Posted:

MADRID – Seorang lelaki Sepanyol yang hanya mahu dikenali sebagai Oscar semalam menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di sebuah hospital di Barcelona.

Hotel mewah untuk kucing

Posted:

HERTFORD – Sebuah hotel mewah khas untuk kucing disediakan untuk pemilik haiwan itu yang terpaksa meninggalkannya buat sementara waktu, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita paling gemuk Britain meninggal

Posted:

LONDON - Wanita paling gemuk di Britain, Sharon Mevsimler berumur 40 tahun meninggal dunia kerana sakit jantung selepas keluarganya menyeludup masuk makanan segera ke dalam bilik hospitalnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Ariel tidak boleh tidur di penjara

Posted:

JAKARTA - Sama ada suka atau tidak, bekas penyanyi kumpulan terkenal Peterpan dari Indonesia, Ariel terpaksa menjalani tahanan di sebalik jeriji besi di sebuah ibu pejabat polis di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan