Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Panas terik landa AS

Posted:

WASHINGTON - Panas terik dijangka melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) dengan suhu setinggi 38 darjah Celsius.

Maradona tolak jemputan Presiden kerana malu

Posted:

BUENOS AIRES - Jurulatih pasukan bola sepak Argentina, Diego Maradona dan pemain-pemainnya menolak jemputan Presiden Argentina, Cristina Kirchner untuk menghadiri satu majlis penghargaan di Istana Presiden selepas mereka tewas 4-0 kepada Jerman pada saingan suku akhir Piala Dunia. Perkara itu didedahkan oleh Presiden itu kepada rakyat negara tersebut kelmarin.

Jutawan misteri Malaysia bawa Paris Hilton

Posted:

JOHANNESBURG - Seorang jutawan Malaysia dilaporkan membawa selebriti terkenal, Paris Hilton dan pelakon filem Titanic , Leonardo DiCaprio ke sini dengan menaiki sebuah jet peribadi pada Khamis lalu dari London, lapor beberapa buah akhbar di Barat dan Afrika.

Bakar wang kertas tanda protes

Posted:

STOCKHOLM - Sebuah parti feminis di Sweden membakar wang sebanyak 100,000 kronor Sweden (RM41,892) sebagai tanda protes kerana bayaran gaji tidak adil terhadap pekerja wanita.

Model jadi seperti watak Avatar

Posted:

NEW YORK - Seorang model Jepun, Tao Okamoto mendakwa tubuhnya sudah menjadi seperti makhluk asing dalam filem Avatar selepas sebuah gedung beli-belah Amerika Syarikat (AS) menggunakan teknik ubah suai bentuk wajahnya secara berlebihan ke atas gambarnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pernah minum 20 tin Coke sehari

Posted:

LONDON - Berat seorang wanita, Lisa McKay meningkat dengan mendadak sehingga mencecah 120.6 kilogram (kg) gara-gara ketagihannya meminum minuman berkarbonat Coca-Cola sebanyak 20 tin sehari, lapor sebuah akhbar semalam.

Janda tinggal dengan mayat suami

Posted:

WYALUSING, Pennsylvania - Seorang janda berusia 91 tahun, Jean Stevens tinggal di sebuah rumah bersama mayat suami dan kakak kembarnya yang disimpannya selama lebih sepuluh tahun sebelum pihak polis mengetahui situasi yang menyeramkan itu.

Budak 12 tahun terkuat di dunia

Posted:

COVENTRY - Seorang budak lelaki Britain, Kyle Kane yang baru berusia 12 tahun mencipta rekod sebagai budak terkuat di dunia setelah dia berjaya mengangkat berat yang lebih dua kali ganda daripada dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Buah tembikai dijual RM184,906

Posted:

TURPAN - Sebiji tembikai yang paling manis di dunia dijual AS$57,729 (RM184,906) pada satu lelongan di sini, Xinjiang, China, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan