Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Main kutu haram di Malaysia

Posted:

KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.

Pemandu lori ditipu rakan RM1.7j

Posted:

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori berpendapatan Rm2,500 sebulan mendakwa dirinya berhutang sebanyak RM1.7 juta selepas ditipu seorang kenalan lelakinya yang berjanji menjadikan dia usahawan buah-buahan kira-kira dua tahun lalu.

Tugasan menarik tapi tak wujud - Dr. Mazlan

Posted:

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman, 58, semalam menafikan laporan laman berita luar negara bahawa beliau dilantik sebagai individu pertama untuk berkomunikasi dengan makhluk asing.

Saman pelajar cabar AUKU ditolak

Posted:

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak saman pemula empat pelajar bagi mencabar tindakan tatatertib terhadap mereka mengikut Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 selepas didakwa terlibat dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April lalu.

Petunjuk di lokasi baru

Posted:

KUALA LUMPUR - Polis semalam mengesahkan menemui beberapa lokasi baru yang dipercayai mempunyai bukti-bukti berkaitan dengan kehilangan dan pembunuhan mangsa-mangsa lain di sebuah ladang ternakan di Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Penganggur bunuh model ke tali gantung

Posted:

ALOR SETAR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam apabila dia didapati bersalah membunuh seorang model sambilan di Sungai Petani enam tahun lalu.

Cakera keras RM4j hilang ditemui

Posted:

SHAH ALAM - Polis berjaya menyelesaikan satu kes kecurian cakera keras komputer untuk kamera litar tertutup (CCTV) bernilai RM4 juta dari sebuah gudang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas menahan 10 lelaki termasuk pekerja gudang.

Pengedar pasport palsu ditahan

Posted:

KUALA LUMPUR – Tindakan tiga lelaki yang menjalankan aktiviti pengedaran pasport palsu di sekitar Lembah Klang tumpas apabila mereka dicekup pihak berkuasa kelmarin.

Bahana berkasih dengan isteri orang

Posted:

TELUK INTAN - Gara-gara bermalam dengan isteri orang, seorang anggota polis cedera dibelasah penduduk kampung selepas 'dicekup' di dalam sebuah rumah di Batu 3 1/2, Jalan Changkat Jong, dekat sini malam Ahad lalu.

Misi Jakel gedung untuk semua

Posted:

SHAH ALAM – Kumpulan Jakel (Jakel), peruncit tekstil terkemuka di Malaysia, merancang untuk membuka sebuah pusat tekstil di Bangi, Selangor dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan