Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Akhbar tipu imej Presiden Mesir

Posted:

KAHERAH - Sebuah akhbar pemerintah Mesir, Al-Ahram dikecam kerana mengubah sekeping gambar supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak dilihat berada di barisan depan pemimpin yang menyertai rundingan damai konflik Israel-Palestin di White House, lapor sebuah akhbar semalam.

Rumah Paris Hilton jadi macam zoo

Posted:

NEW YORK - Aktres sensasi Amerika Syarikat (AS), Paris Hilton sanggup menjadikan beberapa buah rumahnya sendiri sebagai tempat pemuliharaan haiwan jinak umpama sebuah zoo mini, lapor sebuah akhbar semalam.

NASA uji kenderaan ke bulan, Marikh

Posted:

FLAGSTAFF - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) menguji kenderaan penjelajahan angkasa lepas baru untuk planet Marikh dan bulan sebesar trak pikap di sebuah gurun di Arizona pada Rabu lalu.

60 maut depot bahan letupan meletup

Posted:

COLOMBO - Satu letupan kuat di sebuah depot simpanan bahan letupan di timur Sri Lanka semalam memusnahkan sebuah balai polis dan menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang termasuk dua pembuat jalan warganegara China terbunuh, kata pihak tentera.

Apartmen Hendrix dipamerkan

Posted:

LONDON - Sebuah apartmen di London yang pernah didiami pemain gitar terkenal, Jimi Hendrix mula dibuka kepada umum sebagai sebahagian daripada pameran sempena ulang tahun ke-40 kematiannya.

Lima ditahan ancaman terhadap Pope Benedict XVI

Posted:

LONDON - Lima orang ditahan di sini dan disoal siasat berhubung ancaman terhadap ketua penganut Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI pada hari kedua lawatan beliau ke Britain, kata polis semalam.

Israel bunuh pejuang Hamas

Posted:

BAITULMUQADDIS - Askar-askar Israel membunuh seorang pejuang kumpulan Hamas dalam satu serbuan di Tebing Barat semalam ketika keganasan meningkat sejak permulaan rundingan damai baru Asia Barat pada bulan ini.

Taliban culik calon ahli parlimen

Posted:

KABUL - Pergerakan Taliban semalam telah menculik seorang calon ahli parlimen dan 18 orang pekerja pilihan raya semasa pihak keselamatan berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi mengelakkan insiden pemberontakan sehingga mengganggu proses pilihan raya yang berlangsung pada hari ini.

Pembaca berita pakai seluar pendek

Posted:

LJUBLJANA, Slovenia - Seorang pembaca berita lelaki didapati memakai seluar pendek selain baju berkot semasa membaca berita secara langsung di Slovenia, lapor sebuah akhbar semalam.

Bangunan beralun di Manhattan

Posted:

NEW YORK - Sebuah bangunan setinggi 76 tingkat di Manhattan di sini mempunyai reka bentuk beralun yang dicipta oleh arkitek Frank Gehry, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan