Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Pengemis auta bazar Ramadan

Posted:

KUALA LUMPUR - Kawasan pasar malam, bazar Ramadan serta masjid di Lembah Klang kini menjadi 'lubuk wang mudah' kepada pengemis asing untuk meraih simpati daripada orang ramai yang sedang menjalani ibadat puasa.

Tabur janji bantuan palsu

Posted:

BUTTERWORTH – Ada pihak cuba menjatuhkan imej Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Utara (SPU) dengan menyamar sebagai pegawai JKM dan menabur janji kosong kepada orang ramai berhubung wang bantuan.

Iklan raya TV3 ditarik balik

Posted:

KUALA LUMPUR - Ekoran penyiaran iklan Aidilfitri yang menyentuh sensitiviti penonton beragama Islam di negara ini, TV3 semalam bertindak menarik balik penyiaran iklan tersebut berkuat kuasa serta-merta.

Jutawan kosmetik hilang bersama wang RM4 juta

Posted:

KUALA LUMPUR - Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya menimbulkan misteri apabila dia dan tiga yang lain dilaporkan hilang enam hari lalu selepas keluar dari sebuah pejabatnya di Kampung Baru di sini pada 30 Ogos lalu.

Kereta bertembung treler, 4 maut

Posted:

SEGAMAT - Empat beranak yang dalam perjalanan pulang selepas membeli kelengkapan bagi sambutan Aidilfitri maut apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah treler di Kilometer 150.7, Jalan Segamat menghala Jalan Chaah berhampiran Sungai Karas, Labis di sini semalam.

Tiket bas ekspres balik raya ke Pantai Timur masih ada

Posted:

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini, tiket-tiket bas ekspres ke negeri di Pantai Timur terutama ke Kelantan habis dijual sebulan sebelum hari raya.

Kerani dihukum mati minta ampun

Posted:

ALOR SETAR - Suasana di Mahkamah Tinggi di sini semalam hiba apabila Zakaria Ahmad, 32, yang dijatuhi hukuman mati bergegas ke arah ibunya dan meminta ampun kerana didapati bersalah mengedar dadah kanabis seberat 2207.1 gram di Sungai Petani empat tahun lalu.

Tangan hancur digilis mesin tebu

Posted:

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun bakal berhari raya dengan sebelah tangan selepas tangan kirinya hancur akibat digilis mesin pengisar tebu terpaksa dipotong.

Pusat sembelih ayam bersepadu diwujudkan

Posted:

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat penyembelihan ayam bersepadu akan didirikan dalam masa terdekat bagi memudahkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau proses penyembelihan seterusnya menjamin status halal ayam.

Tarik kereta macam pencuri

Posted:

PETALING JAYA – Seorang kakitangan kerajaan terperanjat apabila terlihat dua lelaki tidak dikenali mengumpil kereta Proton Gen-2 milik isterinya yang diletakkan di tempat letak kenderaan kediamannya pada 30 Ogos lalu.

Tambahan khidmat badal haji

Posted:

KUALA LUMPUR - Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (Takaful Ikhlas), menyasarkan sejumlah RM4 juta jualan bagi pelan Takaful Simpanan Haji Ikhlas dengan permohonan keseluruhan sebanyak 7,000 peserta sebelum April tahun depan.

0 ulasan:

Catat Ulasan