Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


31 maut letupan di Baghdad

Posted:

BAGHDAD - Dua buah kereta yang mengandungi bom meletup di dua lokasi di Baghdad pagi semalam sekali gus mengorbankan 31 orang dan mencederakan puluhan yang lain.

Daging halal diguna meluas di Britain

Posted:

LONDON - Siasatan oleh wartawan akhbar Mail on Sunday semalam mendedahkan bahawa sekolah, hospital, pub dan lokasi-lokasi sukan berkuda terkenal seperti di Ascot serta Twickenham di Britain menyediakan daging yang disembelih secara halal untuk orang awam.

Taman tema hiburan di Tebing Gaza dibakar

Posted:

BANDAR GAZA - Sebuah taman tema hiburan di Tebing Gaza yang ditutup oleh pemerintah Hamas baru-baru ini telah terbakar.

Broker beli iPhone 4 untuk dijual di Asia

Posted:

LONDON - Ratusan pembeli sanggup beratur panjang pada setiap malam semata-mata untuk membeli telefon bimbit terbaru keluaran syarikat Apple, iPhone 4 yang kemudian dijual kepada pembeli di Asia, Asia Barat dan Eropah Timur pada harga yang tinggi oleh broker, lapor sebuah akhbar semalam.

Woods halang bekas kekasih berbogel

Posted:

NEW YORK - Pemain golf terkenal dunia, Tiger Woods menghalang rancangan bekas perempuan simpanannya, Rachel Uchitel untuk bergambar bogel dalam majalah Playboy, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki kudung cipta rekod seberangi Selat Inggeris

Posted:

PARIS - Seorang lelaki Perancis yang kudung semua tangan dan kakinya berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris pada hujung minggu lalu dengan menggunakan kaki palsu yang dipasangkan dengan kaki sirip getah.

Ibu lahir kembar lapan ditawar bintangi filem lucah

Posted:

NEW YORK - Seorang ibu tunggal yang melahirkan kembar lapan, Nadya Suleman (gambar) ditawarkan wang sebanyak AS$500,000 (RM1.6 juta) oleh pihak pengurusan syarikat Vivid Entertainment untuk membintangi sebuah filem lucah berdurasi satu jam, lapor sebuah akhbar semalam.

China gantung hubungan dengan Jepun

Posted:

BEIJING - China telah menggantung hubungan dua halanya dengan Jepun ekoran penahanan seorang kapten kapal nelayan China yang dituduh melanggar sebuah bot peronda Jepun di perairan yang menjadi rebutan kedua-dua pihak, kata media negara itu semalam.

Dua pesawat berlanggar di udara

Posted:

BERLIN, Jerman - Seorang juruterbang maut dalam satu perlanggaran melibatkan dua buah pesawat ringan pada satu pertunjukan udara di Warngau, wilayah Bavaria, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita bunuh buaya 464kg

Posted:

TASIK MOULTRIE, Amerika Syarikat - Seorang wanita berumur 48 tahun, Mary Ellen Mara-Christian menembak seekor buaya seberat 464 kilogram (kg) di sini sebelum membunuh haiwan itu dengan sebilah pisau, lapor sebuah akhbar semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan