Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Petisyen cabar Sultan Kelantan difail

Posted:

KUALA LUMPUR – Tuanku Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra (gambar kecil) memfailkan petisyen bagi mencabar pemasyhuran anakandanya, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru di Mahkamah Persekutuan di sini semalam.

Dua kawasan rekreasi ditutup

Posted:

ALOR SETAR - Dua kawasan rekreasi di Pendang diarah tutup sementara selepas pihak berkuasa mengesan kehadiran bakteria kencing tikus atau leptospirosis baru-baru ini.

Wan chik nafi salah guna harta M. Rajoli

Posted:

KUALA LUMPUR - Isteri kedua Allahyarham M. Rajoli, Wan Chik Che Daud@Othman, 70, menafikan dakwaan beliau telah menyalahgunakan harta arwah suaminya dan berada di Amerika Syarikat sewaktu jenazah pelakon terkenal itu dikebumikan tiga hari lalu.

Peniaga mangsa samun parah ditikam, ditetak

Posted:

RANTAU PANJANG – Seorang peniaga barang kemas bukan sahaja didakwa kerugian RM100,000 malah cedera parah selepas ditikam dan ditetak oleh tiga lelaki yang menyamunnya dalam kejadian di Jalan Gelang Mas, dekat Pasir Mas baru-baru ini.

Ujian DNA belum siap

Posted:

KUALA LUMPUR - Harapan untuk mengetahui identiti pemilik serpihan tulang yang ditemui di tiga buah sungai di Ladang Gadong, Banting dalam kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lelaki masih kabur apabila polis masih belum menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Pasangan muda kempunan berhibur

Posted:

GEORGE TOWN – Hasrat sepasang suami isteri muda untuk berhibur di sebuah pusat hiburan berkecai apabila mereka maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang dinaiki bersama tiga lagi rakan mereka terbabas sebelum merempuh tembok dalam kemalangan di Kilometer 2.2 di Jambatan Pulau Pinang kelmarin.

Permohonan MAWIP didengar 25 Nov.

Posted:

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini akan mendengar permohonan Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAWIP) untuk membatalkan permohonan seorang peguam wanita bukan Muslim untuk menjadi peguam syarie di Wilayah Persekutuan pada 25 November depan.

Umpan Toyota Altis, beri tilam

Posted:

KUALA LUMPUR – Bayar RM12,000 untuk dapat sebuah kereta Toyota Altis baru tetapi yang dapat cuma tilam kesihatan.

Bayi mati di pusat asuhan

Posted:

SEREMBAN – Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Paroi, dekat sini semalam.

Pin penyambung pelantar jeti patah

Posted:

GEORGE TOWN - Pengguna perkhidmatan feri di negeri ini terpaksa menunggu lebih dua jam di dalam pengangkutan air tersebut ekoran sebatang pin penyambung pelantar di laluan masuk jeti Pangkalan Raja Tun Uda di sini patah.

Tanjung Lembung terus relevan

Posted:

LANGKAWI - Pelabuhan Tanjung Lembung, pelabuhan utama di Langkawi, telah mengendalikan 151,967.30 tan metrik kargo bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan