Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


12 maut kemalangan bas

Posted:

BERLIN - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera semalam apabila sebuah bas yang membawa sejumlah pelancong Poland berlanggar dengan sebuah kereta di sebuah lebuh raya di tenggara Berlin, kata polis.

Bekas pegawai tentera dedah UFO di AS

Posted:

LOS ANGELES - Sekumpulan pegawai tentera udara Amerika Syarikat yang sudah bersara dijangka mendedahkan pencerobohan objek terbang yang tidak dikenali (UFO) ke atas lokasi-lokasi senjata nuklear AS pada hari ini, lapor sebuah akhbar semalam.

30,000 komputer Iran dijangkiti cecacing Stuxnet

Posted:

TEHERAN - Cecacing Stuxnet telah menjejaskan 30,000 komputer di Iran tetapi ia gagal menyebabkan kerosakan yang serius, kata beberapa pegawai negara itu semalam.

Jepun enggan minta maaf kepada China

Posted:

BEIJING - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan semalam menolak tuntutan China bahawa Tokyo perlu meminta maaf berhubung penahanan seorang kapten kapal nelayan dari China.

Buku komik wira super Muslim

Posted:

NEW YORK - Peminat-peminat komik akan dapat membeli sebuah buku komik, Sliver Scorpion yang menampilkan seorang wira super Muslim yang duduk di atas kerusi roda tetapi mempunyai kuasa ajaib.

Paris Hilton sayang rakyat Malaysia

Posted:

LOS ANGELES - Selebriti Paris Hilton (gambar) menggunakan laman Twitter untuk memberitahu rakyat Malaysia mengenai barang jualan terbarunya di The Pavilion Mall, Kuala Lumpur lapor sebuah akhbar semalam.

Beckham saman pelacur RM77.30 juta

Posted:

LOS ANGELES - Barisan peguam bintang bola sepak dari England, David Beckham akan menyerahkan saman fitnah sebanyak $25 juta (RM77.30 juta) kepada seorang pelacur kelahiran Bosnia, Irma Nici, lapor akhbar News of the World semalam.

Pengasas Facebook belajar bahasa Cina

Posted:

LOS ANGELES - Pengasas rangkaian sosial Facebook, Mark Zuckerberg membenarkan jurukamera program bual bicara popular, Oprah Winfrey Show untuk meninjau ke dalam rumah sewanya, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Golongan suka berbogel luah kemarahan

Posted:

PARIS - Perbalahan berlaku di antara kumpulan orang yang suka berbogel dengan kehadiran pasangan yang mahu melakukan hubungan seks di pantai bandar Cap d'Agde di Perancis, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Bot coklat belayar di pelabuhan

Posted:

PELABUHAN CONCARNEAU, Perancis - Dua orang menaiki sebuah bot yang diperbuat daripada coklat dan sugar sepanjang 3.50 meter di sini kelmarin.

0 ulasan:

Catat Ulasan