Kosmo Online - Dunia

Kosmo Online - Dunia


Perompak larikan wang RM18.11 juta

Posted:

BAGHDAD – Sekumpulan perompak di Iraq melarikan 6.5 bilion dinar (RM18.11 juta) dari sebuah bank pemerintah 160 kilometer ke selatan Baghdad semalam dengan bantuan seorang pengawal keselamatan, kata beberapa pegawai polis.

Penduduk bingung sekatan Israel

Posted:

BANDAR GAZA – Penduduk Palestin di Genting Gaza bingung dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa Israel apabila semakin banyak barangan keperluan dilarang kerana disifatkan sebagai barang mewah.

Juara dunia F1 berpisah dengan model seksi

Posted:

ISTANBUL – Juara dunia Formula Satu (F1), Jenson Button dari Britain berpisah dengan kekasihnya, Jessica Michibata yang merupakan model pakaian dalam, lapor sebuah akhbar semalam.

71 maut kereta api tergelincir di India

Posted:

SARDIHA, India - Pemberontak-pemberontak komunis Mao disyaki terlibat dalam insiden sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan sebuah kereta api kargo yang menyebabkan sekurang-kurangnya 71 orang terbunuh manakala 200 yang lain cedera di timur India semalam.

Aktres Bollywood berbogel di Twitter

Posted:

MUMBAI - Model yang menjadi penyanyi dan aktres India, Sherlyn Chopra menyiarkan beberapa gambar bogelnya di laman Twitter , lapor sebuah akhbar semalam.

Ronaldo bercuti bersama model Rusia

Posted:

LONDON - Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menukar teman wanitanya apabila dia dilihat bersama dengan seorang model baru, Irina Shyak di atas sebuah kapal layar mewah di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Kawalan ditingkat di utara Thai

Posted:

BANGKOK - Tentera dan polis meningkatkan kawalan di utara negara itu kerana penunjuk perasaan antikerajaan disyaki bergabung dengan penunjuk perasaan dari Bangkok yang dikenali dengan panggilan Baju Merah.

Detik cemas bayi 5 bulan dijemur melecur

Posted:

BRIGHTON, England - Pengunjung-pengunjung sebuah pantai merakamkan detik-detik cemas seorang ibu diiringi oleh beberapa anggota polis di sini selepas beberapa orang menjerit ke arahnya: "Bayi anda terbakar."

Keseorangan dalam pesawat selepas terjaga

Posted:

SOUTHFIELD, Michigan - Seorang wanita, Ginger McGuire menyatakan dia mendapati dirinya keseorangan selepas terjaga daripada tidur di dalam sebuah pesawat United Express ke Philadelphia, Amerika Syarikat.

Gaji pekerja naik selepas bunuh diri

Posted:

TAIPEI - Syarikat elektronik Taiwan, Foxconn Technology Group akan menaikkan gaji pekerja secara purata sehingga 20 peratus selepas 10 pekerja membunuh diri di beberapa kilangnya di China.

0 ulasan:

Catat Ulasan