Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


70 penghuni RTK dihalau

Posted:

KUALA LUMPUR - Tujuh puluh penghuni wanita berusia antara dua bulan dan 85 tahun akan hilang tempat tinggal apabila mereka diarah keluar dari rumah perlindungan Rumah Titian Kasih (RTK) yang disewa selewat-lewatnya hari ini.

MB terkejut melihat Azira

Posted:

KANGAR - Terkejut setelah melihat sendiri kecacatan pada wajah ibu muda, Azira Azizan, Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md. Isa Sabu mengarahkan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) segera merawat pesakit berkenaan supaya segera pulih.

Bekas Pengerusi Pos jumpa PAC

Posted:

KUALA LUMPUR - Bekas pengerusi Pos Malaysia Bhd., Tan Sri Adam Kadir (gambar) memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam berkaitan dakwaan beliau yang syarikat itu mengalami kerugian RM546 juta.

Hutang nyaris ragut nyawa

Posted:

JOHOR BAHRU - Kejadian terjatuh bangunan ekoran putus cinta atau kecewa dengan hidup biasa didengar tetapi semalam lain pula ceritanya di Bandar Baru Permas Jaya dekat sini.

Penjenayah Vietnam mewah diberkas

Posted:

BATU PAHAT - Tindakan polis menahan seorang penjenayah warga Vietnam membongkar satu rahsia apabila dia disyaki terlibat banyak kes pecah premis dan curi sejak tiga bulan lalu hingga mampu mengirim wang RM10,000 setiap bulan ke kampungnya.

Dua wanita ditahan

Posted:

RAWANG - Tindakan pantas polis menjalankan siasatan berhubung kes pembuangan bayi lelaki dapat menahan seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian itu di Jalan Mawar 6, Taman Mawar di sini semalam.

MB kecewa stadium belum dibaiki

Posted:

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said meluahkan rasa malu dan kecewa dengan keadaan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang rosak akibat bumbung runtuh lebih setahun lalu masih belum lagi diperbaiki.

Sukarelawan ke Gaza dakwa diracun arsenik

Posted:

PUTRAJAYA - Sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel setelah flotilla bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang pada 31 Mei lalu mendakwa sebahagian mereka diracun dengan arsenik yang dimasukkan dalam makanan sepanjang penahanan itu.

Remaja ugut bunuh diri

Posted:

KUANTAN - Gara-gara cinta, seorang pelajar tingkatan tiga dipercayai tergamak lari dari rumah dan meninggalkan keluarga demi mengikut kekasihnya yang dikenali sebagai 'Man'.

Dipenjara 14 hari kerana 'duit kopi' RM100

Posted:

KUALA TERENGGANU - Gara-gara 'duit kopi' RM100, seorang jurujual dihukum penjara 14 hari serta denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Penerbangan terus MAS ke Muscat

Posted:

PETALING JAYA - Rakyat Malaysia yang mahu melancong ke ibu negara Kesultanan Oman, iaitu Muscat dengan menaiki pesawat tanpa henti kini boleh berbuat demikian menerusi penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

0 ulasan:

Catat Ulasan