Doktor puas hati kesihatan Dr. M Posted: KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi respons yang baik terhadap rawatan di Hospital Epworth, Melbourne, Australia, tempat beliau dirawat sejak Sabtu lalu selepas mengalami jangkitan kuman pada saluran pernafasan. |
Tiada anugerah cemerlang untuk si perokok Posted: ALOR SETAR – Mulai tahun ini, Jabatan Kesihatan Kedah telah menetapkan hanya warga kerja jabatan itu yang tidak merokok akan dipertimbangkan untuk Anugerah Khidmat Cemerlang. |
‘Kami raja Kuala Lumpur’ Posted: KUALA LUMPUR – 'Kami raja di segi tiga emas, KL ini.' Itu laungan angkuh sekelompok pemandu teksi yang menganggap segitiga emas seperti Bukit Bintang, KLCC, Kota Raya, Pudu dan Chow Kit adalah kawasan milik mereka untuk mencari rezeki 'sumbang'. |
Pastikan lebih 1,000 ahli Pemuda UMNO mengundi Posted: PARIT - Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan lebih 1,000 ahlinya yang berdaftar sebagai pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Kelantan pulang untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil DUN itu nanti. |
Majistret rasuah dijel Posted: KOTA BHARU – Seorang majistret muda dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM40,000 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan mengambil rasuah pada Oktober tahun lalu. |
Pegawai Imigresen dicekup rasuah Posted: SEREMBAN – Tiga termasuk dua pegawai Imigresen Jeti Port Dickson dekat sini ditahan kerana dipercayai menerima suapan daripada pengendali setiap feri yang membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke negara ini. |
Polis ambil keterangan Jayanthy Posted: SHAH ALAM – Polis telah memanggil S. Jayanthy, isteri ahli perniagaan, S. Anpalagan yang dilaporkan hilang lebih setahun lalu bagi mendapatkan keterangan berhubung maklumat terbaru yang didedahkannya kepada media dalam satu sidang akhbar di Kapar dekat sini kelmarin. |
Gadis bisu dikhuatiri jadi pengemis Posted: KUALA KANGSAR – Kehilangan seorang gadis dari kalangan orang kurang upaya (OKU) Nor Yuniza Mohd. Yunus, 22, (gambar) lebih sebulan setengah lalu meresahkan keluarganya kerana dia dikhuatiri dipaksa menjadi pengemis. |
Pembantu rumah selain Indonesia Posted: ROMPIN - Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu daripada negara-negara Asia lain. |
Maut tangan tersepit mesin Posted: IPOH – Seorang pekerja rakyat Bangladesh maut selepas kedua-dua tangannya tersepit di celah mesin ketika bekerja di sebuah kilang memproses batu kuari di kawasan Perindustrian Ringan Keramat Pulai, Jalan Ipoh-Cameron Highlands di sini petang kelmarin. |
Gimik iPhone 4 menjadi Posted: KUALA LUMPUR – Penantian rakyat Malaysia untuk memiliki telefon pintar iPhone 4 keluaran Apple Inc. (Apple) telah menjadi kenyataan apabila ia mula ditawarkan secara rasmi di pasaran bermula 24 September lalu. |